34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haqiem Stopa, Aireena Sah Bercerai Talak Satu

    Shopee Sale

    Pasangan pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa dan Aireena sah bercerai talak satu dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada Selasa.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dituduh Mabuk Ketika ‘Live’, Haqiem Stopa Hilang Sabar – ‘Kau Fitnah Macam-Macam, Ingat Aku Robot Ke?’

    Cerai talak satu

    Menerusi hantaran di Threads, Aireena meluahkan rasa syukur kerana segala proses perceraian dipermudahkan.

    Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Saya telah berpisah dengan si dia (Haqiem Stopa), pada Isnin.

    Sementara itu, memetik laporan sebuah berita, lafaz cerai itu dibuat oleh Haqiem di hadapan Hakim Syarie Mohd Faizal Habib kira-kira jam 9.30 pagi.

    MENARIK:  Kim Pan-Gon Akui Pemain Gugup Lawan Jordan, Meminta Maaf Kepada Semua Penyokong Harimau Malaya

    Terdahulu, isu rumah tangga pasangan tersebut mula mendapat perhatian umum selepas Aireena memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November tahun lalu.

    Kemelut perkahwinan mereka dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga apabila Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem berlaku curang.

    Malah, Aireena turut mendakwa Haqiem mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun.

    Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia empat bulan.

    The post Haqiem Stopa, Aireena Sah Bercerai Talak Satu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah