29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafiz Suip Hampir Tak Jayakan SFMM39, Tak Sanggup Tinggalkan Ibu Sedang Sakit Di Hospital – ‘Dia Kata Jangan Hampakan Peminat’

    Shopee Sale



    Hafiz Suip

    Penyanyi vokal hebat, Hafiz Suip memaklumkan dia kini sudah beberapa bulan menetap di negeri kelahirannya, Kuching Sarawak kerana mahu menjaga kedua ibu bapanya.

    Jaga ibu sakit

    Hafiz Suip

    Menurut Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, ibunya iaitu Halizawati Salleh, 60, kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching susulan mengalami masalah kesihatan.

    Saya kini sudah menetap di Kuching. Kenapa saya tinggal di sana adalah kerana untuk menjaga ibu bapa saya.

    Kalau ikutkan sekarang ini ibu saya sedang berada di wad hospital kerana mengalami masalah paru-paru berair yang memberi kesan pada jantung.

    Apa yang boleh saya katakan tentang kondisi ibu saya, info daripada doktor memberitahu tiga daripada empat injap jantung dia sudah kurang berfungsi.

    Tambah pula sekarang ini ibu pun ada kencing manis, jadi itulah yang membuatkan saya menetap di Kuching.

    Hafiz berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39) yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, pada Khamis.

    Hampir tak jayakan SFMM39

    Hafiz Suip

    Kongsi juara Akademi Fantasia 7 itu lagi, dia pada awalnya berat hati mahu meninggalkan ibunya di hospital untuk menjayakan SFMM39.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Apa Khabar Malaysia’ – B.I Umum Pelbagai Kejutan Buat Peminat Sempena Konsert Solo 30 Jun Ini!

    Namun ibunya sendiri yang memberi sokongan supaya dia tidak menghampakan harapan peminat.

    Kalau diikutkan berat rasa nak terbang ke Kuala Lumpur tapi saya ingat lagi mak saya suruh lakukan juga persembahan pada malam ini (Khamis) untuk jangan kecewakan peminat.

    Ibu saya doakan yang terbaik untuk penglibatan saya dalam SFMM39 ini. Jadi ibu saya juga yang beri dorongan untuk saya meneruskan persembahan pada malam ini.

    Saya harapkan juga doa daripada kawan-kawan agar ibu bapa saya sihat insya-Allah.

    Pada malam saingan pertama SFMM39, Hafiz telah menyampaikan lagu Terus Bersinar ciptaan Mass Dewangga, Jova Devito dan Datuk Arisz Ab Rahman.

    Dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, SFMM39 disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam dan juga distrim secara HD di http://www.tonton.com.my.

    SFMM39 membariskan juri profesional iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah