Seorang guru sambilan yang juga pembina aktiviti kokurikulum (ekskul) didakwa mencabul dan memperkosa dua pelajar perempuan ketika menyertai program perkemahan sekolah.
Guru sambilan cabul pelajar

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (Daerah Serang), suspek disyaki telah melakukan perbuatan tidak bermoral itu pada 1 Disember 2025 iaitu semasa pihak sekolah mengadakan kem aktiviti luar di kawasan Cikande, Serang.
Kira-kira jam 1.00 pagi, ketika para pelajar dan ahli Pasukan Bulan Sabit Merah (PMR) lain sedang tidur di khemah perkemahan, suspek dipercayai mengajak mangsa menemaninya pulang ke rumah dengan alasan mahu mengambil pakaian.
Kedua-dua mangsa dipercayai dibawa pulang ke rumah suspek dan dicabul sebelum dibawa semula ke lokasi perkemahan.
Insiden tersebut hanya terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis. Bertindak atas laporan itu, pihak polis berjaya menahan suspek dan merampas beberapa barang bukti berkaitan kes.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa menasihati semua institusi pendidikan agar lebih berhati-hati dalam melantik tenaga pengajar serta memastikan kawalan terhadap pelajar diperketatkan ketika menyertai sebarang aktiviti luar.
Sumber: News Detik
The post Guru Sambilan Cab*l, Perk*sa Dua Pelajar Ketika Perkhemahan first appeared on OHBULAN!.





