28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Krisis NS: Umno hormat 14 Adun BN tapi terus sokong kerajaan negeri

    Shopee Sale

    Kepimpinan Umno kini mengambil pendekatan berhati-hati dengan mengimbangi pendirian antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu di Negeri Sembilan dan juga kerajaan gabungan yang memerintah negeri berkenaan.

    Walaupun dilihat memilih langkah selamat, kenyataan yang dikeluarkan Umno malam tadi memberi bayangan bahawa parti itu tidak akan mendesak pilihan raya mengejut di negeri tersebut — sekurang-kurangnya buat masa ini.

    “Umno Malaysia berpendirian untuk menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang kekal hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar.

    "Namun, (Umno) terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara," kata Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan.

    MENARIK:  Perlombongan REE tak boleh jejaskan alam sekitar, Orang Asli

    Selain itu, Umno turut berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan biro politik Pakatan Harapan bagi menyelesaikan isu yang timbul, selaras dengan perjanjian kerajaan gabungan yang menetapkan sebarang pertikaian perlu dirungkai melalui jawatankuasa perundingan.

    Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas biro politik Umno bermesyuarat di Kuala Lumpur malam tadi.

    Antara yang hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan serta Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang juga merupakan Adun Rantau dan Pertang.

    Kedua-duanya merupakan antara 14 Adun Barisan Nasional (BN) yang pada Isnin lalu menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berhubung cara beliau mengendalikan krisis diraja di negeri tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah