Waktu berlalu begitu pantas. Tanpa disedari, sudah genap sebulan pemergian anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail.
Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Dedah Wanita Yang Banyak Bantu Uruskan Arwah Anak – ‘Wan Sakinah Bersama Andre Hingga Nafas Terakhir’
Genap sebulan

Menerusi perkongsian di Instagram, Amyza memuat naik video memaparkan dirinya menziarahi pusara arwah, sebagaimana rutin yang dilakukannya hampir setiap hari.
23 Februari 2026 hingga 23 Mac 2026, genap sebulan duhai anak solehku, Andre Mikhail Bin Khairil Izhar.
Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, berilah keselamatan kepadanya dan ampuni dosanya.
Dalam video tersebut, Amyza dilihat setia menguruskan pusara anaknya dengan penuh kasih sayang, termasuk membersihkan kawasan kubur serta menambah tanah dan batu.
Untuk rekod, Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 23 Februari lalu.
Dalam pada itu, Amyza dan keluarga sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Andrian Adam turut disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu.
Difahamkan, Andrian kini sedang menjalani rawatan alternatif dalam usaha melawan penyakit tersebut.
Sumber: Instagram
The post ‘Genap Sebulan Duhai Anak Solehku, Andre Mikhail’ – Amyza Aznan first appeared on OHBULAN!.





