28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Isu Staf Perli Cik Epal? Hafiz Mahamad Mohon Maaf, Bakal Edar 50 Box Pizza Percuma

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung tindakan salah seorang pekerjanya yang didakwa tidak sensitif memerli harga pizza milik pempengaruh, Cik Epal.

    Artikel Berkaitan: Barisan Usahawan Meletop Bertembung! Aliff Syukri, Aeril & Wawa, Christy Ng & Ramai lagi Rebut Gelaran ‘Usahawan Paling Viral’!

    Mohon maaf bagi pihak staf

    Menerusi hantaran di Threads, Hafiz menjelaskan, insiden itu berpunca daripada sikap pekerjanya yang terlalu teruja menikmati pizza hasil air tangannya sehingga secara spontan mengeluarkan kenyataan menyinggung pihak lain.

    Saya buatkan pizza untuk semua staff, mungkin dah seronok sangat sampai terlepas cakap atau salah gurau.

    Yang post pula tidak cut sebab mungkin tidak tahu atau terlepas pandang.

    Maafkan staff saya dan saya wakil untuk minta maaf. Semua itu jadi pelajaran untuk dikemudian hari.

    Sebagai tanda permohonan maaf, Hafiz memberitahu dia bakal mengedarkan 50 pizza percuma di hadapan premis kliniknya pada Sabtu.

    Saya dah inform mereka. Nanti saya belanja pizza untuk 50 orang Sabtu ini depan ainaaclinic. Mereka buat hal, saya yang kena buat adunan dan sos sampai 50 box tanda minta maaf.

    Terdahulu, sebuah video memaparkan para pekerja Hafiz begitu teruja menikmati pizza yang dihasilkan usahawan itu sehingga salah seorang daripada mereka menyebut ‘sedap sangat, tak payah beli pizza RM135’.

    MENARIK:  Sal Priadi Berjaya Tawan Emosi Peminat Di Kuala Lumpur

    Rentetan itu, wargamaya saling berdebat dan mendakwa kenyataan yang dikeluarkan seolah memerli pizza jualan Cik Epal.

    Video

    " data-video-id="7563989779214372117" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ainaabeautyofficial

    Boss call tadi, sorry boss & sorry jugak semua. Terima kasih boss 🥺

    ♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

    Undi Hafiz & Aina

    Dalam perkembangan lain, Hafiz dan isterinya, Syafiqah Aina tercalon dalam Paling Viral Online bagi kategori Usahawan Paling Viral.

    Turut bersaing dalam kategori sama ialah Datuk Seri Aliff Syukri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Christy Ng, Kak KM, Ojen Aiwah, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, Mua Bellaz, Meri Bulan Bintang serta Kieda Crepe.

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Isu Staf Perli Cik Epal? Hafiz Mahamad Mohon Maaf, Bakal Edar 50 Box Pizza Percuma first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah