
Ekoran isu plagiat yang menjadi bualan hangat di media sosial, pengasas jenama terkenal, Fiziwoo iaitu Hafizi tampil bersuara apabila mendakwa produknya juga menjadi salah satu mangsa plagiat.
Plagiat

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizi Radzi Woo memuat naik beberapa foto yang menjadi bukti produk keluarannya diciplak oleh sebuah jenama tempatan.
Tambahnya, dia mengunci mulut berkenaan hal ini selama setahun kerana enggan memanjangkan isu.
Apabila perniagaan menggunakan ketuhanan sebagai tagline tetapi hasil datang daripada sumber yang tidak berkat.
Dah lama saya diam, tak mahu memanjangkan isu.
Tapi itulah, sepandai-pandai tupai melincah, ada hari dia akan tergelincah ke tanah jua.
Dalam pada itu, Fizi berharap agar kebenaran ditunjukkan oleh Tuhan dengan cara yang tepat.






