27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zarif Ghazzi Bakal Sambung Belajar Dalam Bidang Pentadbiran Perniagaan -‘Tak Mahu Setakat Ada SPM’

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi memaklumkan bahawa dia bakal melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Cyberjaya bermula September depan.

    Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Tak Mahu Setakat Ada Sijil SPM, Rancang Sambung Pengajian Di Peringkat Diploma & Ijazah

    Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Terima Banyak ‘DM’ Selepas Babak Homoseksual Tular

    Sambung belajar

    Menurut Zariff, 21, keputusan untuk menyambung pelajaran adalah impian yang sudah lama diidamkan dan akhirnya menjadi kenyataan selepas beberapa kali permohonannya sebelum ini tidak berjaya.

    Memang betul saya akan sambung belajar di peringkat diploma. Insya-Allah, saya akan mula belajar di Universiti Cyberjaya pada bulan September nanti.

    Sejak mula dalam bidang seni, saya sentiasa buat permohonan ke universiti, tapi belum ada rezeki. Alhamdulillah kali ini diterima.

    Zarif berkata demikian ketika ditemui di Melodi Terhangat Superstar Tour Penang yang berlangsung di AEON Bukit Mertajam, Penang, pada Sabtu.

    Walaupun bakal sibuk dengan pelajaran, Zariff menegaskan bahawa kerjaya lakonannya tetap diteruskan kerana pengajian yang diambil adalah secara separuh masa.

    Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Jadual kerja memang akan sibuk, tapi saya akan beri keutamaan kepada pengajian dalam tempoh beberapa tahun ini.

    Tapi jangan risau, saya tak ke mana atau menyepi, masih aktif dalam industri dan tetap berlakon.

    Berkongsi lanjut, anak kelahiran Johor itu berkata, keputusan untuk ke menara gading dibuat atas kehendak sendiri, bukan atas dorongan mana-mana pihak. Baginya, pendidikan adalah perkara yang penting untuk masa depan.

    Saya memang nak belajar dan ada sekurang-kurangnya segulung diploma. Tak mahu setakat ada SPM saja.

    Bukan bermakna SPM tak bagus, tapi kalau boleh biarlah ada diploma dan ijazah juga. Semua ini saya buat atas kehendak sendiri.

    The post Zarif Ghazzi Bakal Sambung Belajar Dalam Bidang Pentadbiran Perniagaan -‘Tak Mahu Setakat Ada SPM’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  ‘Saya Jumpa Amir Ahnaf Tengok Skrip Dah Basah, Sebab Dia Menangis’ – Pengarah Filem Kahar: Kapla High Council

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah