34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dah Banyak Rekod Hutang Nafkah, Tunggu Waktu Kemuncak Saya Akan Muncul’ – Rita Rudaini

    Shopee Sale

    Tidak pernah berhenti memperjuangkan haknya, pelakon, Rita Rudaini mendedahkan telah lama mengumpul rekod dan bukti pembayaran nafkah yang didakwa belum dilunaskan oleh bekas suami, Aidil Zafuan.

    Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Aidil Zafuan Tak Pernah Culas Bayar Nafkah, Rita Rudaini Minta Tunjuk Resit

    Artikel Berkaitan: ‘Culas Bayar Nafkah Sepatutnya Jangan Bagi Nikah Lain Selagi Hutang Belum Selesai’ – Rita Rudaini

    Simpan rekod

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, menegaskan setiap sen yang melibatkan nafkah anak-anaknya akan dituntut sehingga selesai.

    Bagaimanapun, Rita memilih untuk tidak mendedahkan dalam masa terdekat, sebaliknya memberi ruang kepada pihak terlibat menikmati masa mereka.

    Saya pun dah banyak kumpul (rekod nafkah), memang banyak. Satu sen duit anak-anak memang akan kutip hutang sampai licin segala bulu.

    Tunggu waktu kemuncak, saya akan muncul. Bila? Tunggu. Sekarang bagi mereka seronok dulu.

    Mengulas lanjut, Rita berkata dia juga tidak pernah memaafkan individu yang pernah menganiaya mereka sekeluarga dan percaya dengan balasan Tuhan.

    Dengan Allah mana boleh tipu sejarah dulu-dulu yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak-beranak pun saya tidak pernah maafkan dunia dan akhirat.

    Janji Allah itu pasti.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Suami Kecewa, Isteri Mengaku Tak Sengaja Lahirkan Zuriat Lelaki Lain – ‘Kedua-Dua Anak Ini Bukan Dari Saya’

    The post ‘Dah Banyak Rekod Hutang Nafkah, Tunggu Waktu Kemuncak Saya Akan Muncul’ – Rita Rudaini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah