29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazura Kongsi Akaun IG Anak Digantung Dua Kali Dalam Seminggu – ‘Semoga Dikembalikan, Buat Kenangan Fatima & Kita Bersama’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Fazura memaklumkan bahawa akaun Instagram milik anaknya iaitu Fatima Aisya telah digantung.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Teguran Lembut Fazura Kepada Fatima Dipuji Warganet – ‘Kita Panggil Gentle Parenting’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Tegur Anak Makan Jangan Berbunyi, Netizen Puji Cara Didikan – ‘Semoga Fatima Membesar Jadi Classy Macam Ibunya’

    Akaun digantung

    Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, memberitahu perkara tersebut menerusi hantarannya di Threads.

    Menurut Fazura, akaun media sosial milik anak perempuannya itu bukan pertama kali digantung.

    Akaun anakanda saya, Nur Fatima Aisya digantung ketika ini.

    Akaun ini telah digantung dua kali dalam tempoh seminggu dan ia pertama kali berlaku selepas lebih setahun saya buatkan akaun ini untuk Fatima.

    Harap dapat semula

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Istanbul Aku Datang itu amat berharap akaun tersebut dapat diperolehi semula kerana banyak momen indah Fatima dikongsikan dengan para pengikutnya.

    Tindakan sewajarnya telah diambil.

    Terima kasih atas sokongan semua dan mohon doakan semoga Allah SWT permudahkan untuk akaun ini dapat dikembalikan buat kenangan dan memori Fatima serta kita bersama.

    Untuk rekod, Fatima merupakan anak hasil perkahwinan Fazura dengan bekas suami, aktor Fattah Amin.

    MENARIK:  [VIDEO] Apakah yang Menyebabkan Perubahan Mood Semua Orang Di Tempat Kerja Dari Malas Menjadi Energetik?

    Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun disahkan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

    Sumber: Threads Fazura

    The post Fazura Kongsi Akaun IG Anak Digantung Dua Kali Dalam Seminggu – ‘Semoga Dikembalikan, Buat Kenangan Fatima & Kita Bersama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah