30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fauzan Arif Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ojen Aiwah & Sally Whoo – ‘Tiada Niat Hasut Warganet Boikot Mereka’

    Shopee Sale

    Seorang individu yang dikenali sebagai Fauzan Latib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah serta Sally Whoo susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur biadab di media sosial, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Apa Makna Awak Kata T*ron?’ – Ojen Aiwah Tuntut Permohonan Maaf Individu Keluarkan Kata Kesat

    Mohon maaf

    Menerusi perkongsian di platform Threads, Fauzan mengaku khilafnya dan menjelaskan hantaran yang dibuat sebelum ini telah menimbulkan salah faham dan menyentuh isu sensitif.

    Saya Muhammad Fauzan Arif Bin Abd Latib dengan rendah diri ingin memohon maaf secara terbuka kepada Ojen Aiwah dan Nur Salihah (Sally Whoo).

    Mohon maaf atas kenyataan atau perbuatan saya yang telah menyinggung perasaan, menimbulkan salah faham atau menyebabkan sebarang kesulitan kepada mana-mana pihak.

    Saya mengakui kekhilafan tersebut berpunca daripada lontaran komen di sosial media (Threads) yang menyatakan saya menyentuh isu sensitif dan tidak dilakukan olehnya.

    Tambah Fauzan, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan reputasi, menimbulkan kebencian atau menghasut orang ramai terhadap dua usahawan terbabit.

    MENARIK:  [VIDEO] Pilih Konsep ‘Natura Base’, Netizen Puji Seri Pengantin Amira Othman – ‘Sempurna, Tak Ada Cacat Cela’

    Justeru, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

    Tiada niat untuk menyinggung mana-mana individu atau organisasi mahupun menghasut warganet untuk membenci atau memboikot mereka berdua.

    Dengan ini saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati serta belajar daripada pengalaman ini.

    Sekali lagi, saya dengan tulus hati memohon maaf kepada semua yang terkesan sehingga menyebabkan nama baik Ojen Aiwah terjejas, emosi terganggu dan mental dalam keadaan tak stabil.

    Terdahulu, Ojen memberi tempoh 24 jam kepada Fauzan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Jika enggan berbuat demikian, usahawan berusia 29 tahun itu akan mengambil tindakan undang-undang.

    Sumber: Threads

    The post Fauzan Arif Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ojen Aiwah & Sally Whoo – ‘Tiada Niat Hasut Warganet Boikot Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah