Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, meraih pujian ramai apabila tampil anggun dengan solekan semula jadi pada majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung di Johor Bahru pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fiziwoo Kongsi Konsep Busana Resepsi Fattah Amin & Amira Othman – ‘Setiap Helaian Benang Tulang Belut & Sulaman Ayak Dijahit Dengan Doa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Meriahkan Majlis Resepsi Dengan Tradisi Ambo-Ambo
Solekan cantik
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, jurusolek terkenal Fendy Afandi berkongsi momen di sebalik tabir ketika sesi persiapan solekan bersama penyanyi berusia 31 tahun itu.
Menurut Fendy, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu sendiri meminta agar konsep solekannya tampil semula jadi bagi mengekalkan keaslian wajahnya.
Fendy belanja video belakang tabir, persiapan solekan buat majlis resepsi Amira Othman beberapa hari yang lepas.
Seperti biasa, kita tetap dengan konsep solekan yang diminta Amira iaitu natural based.
Cuma kali ini saya buat lebih soft glam bagi naik seri pengantin.
Isteri syurga Fattah Amin




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji solekan Amira Othman yang tidak terlalu mengubah rupa parasnya.
Imbas kembali, Fattah dan Amira selamat bernikah pada 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
Untuk makluman, Amira Othman turut tercalon bagi kategori Selebriti Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.
Selain Amira Othman, antara selebriti yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Nadeera, Aina Abdul, Meerqeen dan ramai lagi.
Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.
Sumber: TikTok @fendyafandi
The post [VIDEO] Pilih Konsep ‘Natura Base’, Netizen Puji Seri Pengantin Amira Othman – ‘Sempurna, Tak Ada Cacat Cela’ first appeared on OHBULAN!.




| AMIRAA OTHMAN Wedding Reception JohorBahru #amiraaothman #setulustakdirfattahamira Hijabstylist : @nana.chahh Attire : @fiziwoo #fiziwoo @fiziwoo.artisanal Make Up : #makeupbyfendyffcc Henna : @hennabyeren
: @by.nb___ @nightbirdd___ 

