27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tun Faisal: Keutamaan Bersatu kuatkan parti, fokus PN apa pula?

    Shopee Sale

    Salah satu faktor yang menyebabkan PAS tidak berpuas hati kepada Bersatu – seperti yang dinyatakan Abdul Hadi Awang semalam – ialah kegagalan parti baru diterima menjadi komponen PN.

    Berdasarkan kenyataan dibuat Presiden PAS itu, difahami bahawa Bersatu menjadi penghalang kemasukan parti tersebut dan dipercayai ia juga melibatkan kemasukan kumpulan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin.

    Malam tadi seorang pemimpin Bersatu menyentuh isu itu dengan mengaitkannya dengan pembahagian kerusi semasa pilihan raya.

    Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismal Aziz membangkitkan persoalan kesungguhan mahu membawa parti baru menyertai PN ketika parti lain sudah lama menunggu untuk diterima sebagai anggota komponen gabungan tersebut.

    Jika kumpulan Hamzah itu diterima menyertai PN, kata Tun Faisal, bekas Timbalan Presiden Bersatu itu didakwanya akan menjadi punca perpecahan sekali lagi.

    “Mereka nak ambil kerusi siapa (dalam pilihan raya akan datang)? Sudah tentu Bersatu tidak akan beri kerusi Bersatu. MIPP (Parti Rakyat India Malaysia) masih belum ada kerusi.

    “Jadi adakah pihak yang mahu menyokong kemasukan Hamzah dan Geng SD (akuan berkanun) ini mahu menyerahkan kerusi mereka?” katanya dalam kenyataan dimuat naik di media sosial.

    Semalam Abdul Hadi memberitahu media yang PAS tidak berpuas hati terhadap beberapa langkah Bersatu ketika kedua-duanya menjadi parti teras dalam PN.

    MENARIK:  Pesan Armada buat Pemuda PH: Kumpul kekuatan kamu untuk tegur PM

    Menyatakan bahawa PAS akan “mengajar” parti tersebut “satu per satu” Abdul Hadi memetik beberapa insiden yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan hampir hilang sabar.

    Antaranya pertukaran penyandang Menteri Besar Perlis, keengganan menerima parti baru dalam PN, serta tindakan dua Adun Bersatu Negeri Sembilan yang membatalkan sokongan mereka kepada usaha BN menjatuhkan menteri besar, Aminuddin Harun.

    Bersatu kemudian memaklumkan mereka memandang serius kenyataan dibuat Abdul Hadi dan berpendapat sebarang isu berbangkit sepatutnya ditangani atas semangat setiakawan demi memperkukuh PN.

    Biro politik parti itu juga akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk meneliti kenyataan dibuat Abdul Hadi.

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kemudian mengeluarkan arahan kepada ahli parti tersebut agar tidak mengulas isu terkini tanpa mendapat kebenaran daripada parti.

    Mereka juga diminta agar kekal tenang dan menyerahkan urusan parti kepada Abdul Hadi dan pemimpin lain yang “akan menguruskannya dengan cermat dalam masa terdekat.”

    Tun Faisal berkata PN perlu tahu menentukan keutamaan masing-masing dengan Bersatu ketika ini menumpukan usaha memperkuat parti berkenaan selepas mengalami krisis terkait dengan Hamzah dan penyokongnya.

    “Fokus PN apa pula? Adakah fokus PN ialah untuk memasukkan Hamzah dan Geng SD atau untuk menjaga hubungan sesama anggota PN demi untuk mengukuhkan PN terlebih dulu?” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah