28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fareez Fauzi, Imranul Effendy & Mat Alip Juara All Star Championship, Bawa Pulang RM50,000 Setiap Seorang

    Shopee Sale

    Tiga pempengaruh media sosial iaitu Fareez Fauzi, Imranul Effendy dan Mat Alip berjaya membawa pulang  RM50,000 setiap seorang di Grand Final All Star Championship menerusi kategori Midweight, Lightweight dan Flyweight.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Nyanyian Bella Astillah Di Konsert Sumandak Stars – ‘Vokal Semakin Bagus, Struggle Dia Perbaiki Diri Lepas Dikritik’

    Fareez Fauzi

    " data-video-id="7562571068385299719" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Tahniah! 🤩 # #fareezfauzi #champiob

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Ketika ditemui , Fareez atau nama lengkapnya Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi, 28, percaya bahawa kemenangannya dalam kategori midweight itu merupakan rezeki yang diberikan Allah SWT selepas berhempas pulas menjalani latihan.

    Selama ini ramai yang pandang rendah pada saya. Alhamdulillah, Tuhan tunjukkan bahawa kalau kita berusaha, ia tak akan mengkhianati hasil.

    Ditanya mengenai tangisan selepas namanya dinobat sebagai juara, anak kepada pelakon Fauzi Nawawi ini berkata, dia sebak apabila mengenangkan segala pengorbanannya sepanjang berkecimpung dalam sukan tinju ini.

    Dalam pada itu, Fareez berharap agar kemenangan di All Asia Championship sedikit sebanyak dapat membuka peluangnya dalam dunia lakonan.

    Macam-macam cabang saya cuba sebelum ini tapi rezeki belum nampak. Tapi mana tahu, kalau ada peluang dalam bidang lakonan selepas ini, bolehlah panggil saya, badan pun dah cantik sekarang.

    Imranul Effendy

    " data-video-id="7562556898554170631" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    sokong siapa tu! 👀 # #kinitrending #harissaadlynn

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Sementara itu, Imranul Effendy yang dinobat sebagai juara bagi kategori lightweight memberitahu bahawa wang kemenangannya itu akan digunakan untuk menaja ibu tercinta menunaikan umrah.

    Memang niat saya dari awal kalau menang, saya nak bawa ibu saya pergi umrah. 

    Selain itu, saya nak belanja gim yang banyak bantu dan taja saya, serta self-reward untuk diri sendiri juga.

    Imranul juga mengakui persediaan menghadapi pertandingan bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan komitmen dan pengorbanan yang sangat tinggi.

    Berat badan saya dari 75 kilogram kena turun ke 65 kilogram. Saya buat latihan empat kali sehari, memang bukan mudah.

    Jadi fighter ni memerlukan fokus dan disiplin yang sangat tinggi… kena jaga makan, tak boleh lalai dan latihan kena konsisten.

    Mat Alip

    " data-video-id="7562553957608983826" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    wow 😮 kinitrending flyaweight

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Manakala, Mat Alip berkata usahanya selama ini berulang-alik dari Penang demi pertarungan di All Star Championship membuahkan hasil apabila berjaya menumpaskan pihak lawan, Oyot dalam kategori flyweight.

    Tak sangka rezeki berpihak kepada saya. Atas doa ibu bapa dan keluarga.

    Alhamdulillah, saya juga berpeluang untuk perlawanan di Dubai. Duit yang saya menang tu saya akan buat simpanan untuk masa depan anak.

    Ditanya tentang punca yang mendorongnya menyertai perlawanan tinju tersebut, Alip menjelaskan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana dia pernah menjalani latihan kecergasan sebelum ini. 

    Berbekalkan pengalaman itu, dia nekad mencuba nasib dalam arena sukan tinju pula.

    Saya jadikan pengalaman sebab sebelum ini nak berlawan dengan fighter sebenar tak berani tapi disebabkan perlawanan ini terbuka kepada pempengaruh, jadi saya ada sedikit keyakinan untuk lawan

    The post Fareez Fauzi, Imranul Effendy & Mat Alip Juara All Star Championship, Bawa Pulang RM50,000 Setiap Seorang first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah