31.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Farahdhiya Dedah Pernah Diganggu Senior Semasa Usia 13 Tahun – ‘Mereka Mahu T*kam Saya Dengan Pen Tetapi Terkena Tangan’

    Shopee Sale

    Susulan kes buli hangat menjadi bualan, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mendedahkan pernah mengalami menjadi mangsa ketika memasuki sekolah baharu pada usia 13 tahun.

    Artikel Berkaitan: ‘Luna Maya Kahwin Pada Usia 42 Tahun, Jadi Saya Masih Lagi Ada Harapan’ – Farahdhiya

    Artikel Berkaitan: Sudah Tempah Lokasi Pertunangan, Farahdhiya Dedah Ramai Lelaki Tak Lepas ‘Piawaian’

    Mangsa buli

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Farah Dhiya Mohamed Amin, 41, berkata kes buli sememangnya sudah wujud sejak zaman dahulu lagi tetapi tidak pernah tular kerana tiada penggunaan media sosial seperti sekarang.

    Nama saya penuh diconteng dekat makmal, dinding dan tandas seperti ‘Farahdhiya menggelabah’, ‘Farahdhiya babi’, ‘Farahdhiya gedik’, ‘Farahdhiya poyo’ dan bermacam lagi.

    Bila waktu rehat kena baling batu, balik dari makmal dapat surat atas meja kena ugut macam-macam tetapi disebabkan saya budak baru, saya senyap dan tahan sahaja.

    Lawan semula

    Menjelaskan lebih lanjut, Farahdhiya berkata kes buli itu berlarutan selama setahun namun dia memlih untuk berdiam diri.

    MENARIK:  Nora Danish Beritahu Bahawa Rumah Tangganya Bermasalah, Tidak Tinggal Bersama Lagi – Perceraian Sebagai Pilihan Terakhir

    Selepas setahun, Farahdhiya berkata dia mula bertindak dengan melawan pembuli.

    Mereka sentuh saya dan secara automatik saya tendang dan pukul mereka semula. Salah seorang mereka mahu tikam saya dengan pen tetapi terkena tangan.

    Mereka tidak sangka saya melawan dan selepas kejadian itu mereka datang minta maaf.

    Sumber: Threads

    The post Farahdhiya Dedah Pernah Diganggu Senior Semasa Usia 13 Tahun – ‘Mereka Mahu T*kam Saya Dengan Pen Tetapi Terkena Tangan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah