30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fadhli Masoot Buka Aurat Mengenai Perkahwinan Dengan Peminat – ‘Sambut Kasih Sayang Peminat, Kenalkan Isteri Saya’

    Shopee Sale



    Fadhli Masoot

    Pelakon, Fadhli Masoot meluahkan rasa syukur apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya iaitu Suraya pada 2 Mac lalu.

    Tiada niat berahsia

    Fadhli Masoot

    Sudah lebih setahun mengenali isteri, Fadhli memberitahu majlis resepsi mereka telah berlangsung di A Park, Puchong pada Ahad lalu dan dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja.

    Alhamdulillah, saya dah isteri selamat bernikah pada 2 March lalu di Masjid Al-Falah USJ 9. Manakala majlis respsi telah diadakan pada 3 Mac di A Park, Puchong. Sebenarnya saya dah kenal Suraya sejak lebih setahun yang lalu.

    Dalam pada itu, Fadhli berkata dia ada mengadakan sesi ‘meet and greet’ sejurus selesai majlis akad nikah bersama peminat bagi berkongsi berita gembira tersebut.

    Sebenarnya sebaik saja selesai acara akad nikah, saya minta izin kepada keluarga saya dan keluarga isteri untuk bertemu dengan peminat saya. Saya adakan meet and greet selepas nikah.

    Tapi peminat saya tak tahu tujuan utama saya adakan meet and greet. Bila berjumpa dengan mereka, barulah saya kongsikan berita gembira itu. Alhamdulillah, saya kenalkan isteri saya kepada mereka.

    Nampak la peminat terima dengan hati terbuka. Malah mereka juga senang berborak dengan isteri saya. Memang saya rancang untuk kongsi berita gembira ini dengan peminat yang sentiasa sokong saya.

    Sementara itu, Fadhli turut menegaskan dia tidak akan memperlahankan kerjaya seninya biarpun sudah bergelar seorang suami.

    Insya-Allah walaupun saya sudah berumah tangga, tapi saya nak ia juga berjalan seiring dengan kerjaya seni. Tiada istilah saya akan perlahankan kerjaya atau berhenti dari dunia lakonan.

    MENARIK:  Puteri Khareeza Akui Suami Banyak Bantu, Makin Matang Selepas Kahwin – ‘Bab Memasak Dia Yang Uruskan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah