28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BABYMONSTER Bakal Gegarkan Kuala Lumpur November Ini, Tiket Bermula RM398

    Shopee Sale

    Kumpulan K-Pop popular, BABYMONSTER, bakal mengadakan konsert BABYMONSTER World Tour [CHOOM] pada 14 November 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur.

    Tiket dijual bermula 30 Jun ini!

    View this post on Instagram

    A post shared by Live Nation Malaysia (@livenation.my)

    Penjualan tiket akan dibuka secara berperingkat bermula hujung bulan ini. Pemegang MONSTIEZ Membership (Global) akan menerima akses pra-jualan terlebih dahulu pada 30 Jun 2026 dari jam 11 pagi hingga 11.59 malam. 

    Untuk layak menyertai pra-jualan tersebut, peminat perlu mendaftar dan mengesahkan keahlian mereka melalui Weverse sebelum 25 Jun 2026.

    Selain itu, pemegang kad Mastercard turut diberikan akses khas untuk membeli tiket lebih awal pada 1 Julai 2026, manakala pra-jualan untuk ahli Live Nation Malaysia akan berlangsung pada 2 Julai 2026.

    Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan kumpulan naungan YG Entertainment itu, jualan umum tiket akan dibuka pada 3 Julai 2026, bermula jam 11 pagi menerusi platform GoLive Asia.

    MENARIK:  ‘Tak Ada Lelaki Boleh Ganti Tempat Bade’ – Erma Fatima

    Harga tiket ditawarkan bermula RM398 bagi kategori CAT 6. Kategori lain pula dijual pada harga RM498 (CAT 5), RM598 (CAT 4), RM698 (CAT 3), RM798 (CAT 2) dan RM898 (CAT 1).

    Turut tersedia dua pilihan pakej VIP iaitu VIP Package (Standing) berharga RM1,098 serta VIP Package (Seated) pada harga RM1,198.

    Konsert di Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia kedua BABYMONSTER yang akan membawa kumpulan itu ke beberapa bandar di Asia dan Oceania. 

    Selepas kejayaan jelajah pertama mereka yang berjaya menarik kira-kira 300,000 penonton tahun lalu, jelajah CHOOM dijangka menjadi satu lagi pencapaian besar buat kumpulan tersebut yang kini semakin mengukuhkan kedudukan mereka di pentas global.

    The post BABYMONSTER Bakal Gegarkan Kuala Lumpur November Ini, Tiket Bermula RM398 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah