29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erma Fatima Buka Mata & Sentak Jiwa Penonton Dengan Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Saya Pernah Buat Cerita Poligami, Penyondol & Cinta..Dah Muak’

    Shopee Sale



    Keluarga Itu, sebuah drama terbaharu di TV3 yang bukan hanya mengisahkan tentang pertelingkahan, tetapi menyelami luka yang tersembunyi di sebalik senyuman, membuatkan anda mempersoalkan realiti yang tenat.

    Ujian sebuah keluarga

     

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Keluarga Itu ibarat rumah yang dari luar tampak kukuh, tetapi di dalamnya ada dinding-dinding yang retak menanti masa untuk runtuh. Di sebalik senyuman yang dipamerkan, keluarga Iman (Datuk Rosyam Nor) dan Chempaka (Datin Seri Umie Aida) bergelut dengan kenyataan hidup yang jauh dari kesempurnaan.

    Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, perlu membimbing empat anaknya iaitu Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis), dan Dhini (Duerra Mitilda) yang membawa keresahan dan cabaran masing-masing.

    Di sebalik ikatan darah, setiap seorang memikul cerita dan perjuangan tersendiri. Ansara, anak sulung dan usahawan berjaya, menyedari bahawa kejayaan tidak mampu menyelamatkan rumah tangganya apabila Camelia (Melissa Campbell), isterinya yang mualaf, berpaling darinya.

    Anwari pula sebagai anak kedua, dikuasai dengki hingga menjauh dari keluarga, buta terhadap kesetiaan isterinya, Husna (Izara Aishah) yang tetap bertahan meskipun diabaikan.

    Dhamiah, yang melarikan diri demi kebebasan, akhirnya terperangkap dalam dunia yang lebih kejam diapit dengan trauma silamnya. Sementara itu, Dhini, si bongsu yang menghidap autisme dan tidak mengerti pergolakan keluarganya, hanya mampu bergantung pada Husna dan Dhamiah yang sentiasa setia di sisinya.

    Di tengah badai rahsia dan ujian yang melanda, mampukah mereka kembali bersatu, atau segalanya sudah terlalu hancur untuk diperbaiki dalam Keluarga Itu?

    MENARIK:  Bekas Pengawal Keselamatan Individu Ugut Ria Ricis – ‘Dia Sakit Hati Sebab Diberhentikan Kerja’

    Realiti kehidupan

     

    View this post on Instagram

    A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

    Seiring dengan tajuknya, Keluarga Itu bukan sekadar paparan kehidupan, tetapi cerminan sebuah realiti yang semakin berakar dan perlu diambil pengajaran.

    Menurut Erma Fatima selaku penulis skrip, tidak mahu sekadar bercerita, tetapi ingin membuka mata dan menyentak jiwa mereka yang menonton.

    Memang niat utama saya menghasilkan Keluarga Itu untuk memberi pengajaran bersama serta mempersiapkan diri menghadapi situasi sebegini.

    Saya percaya, anda tahu, anda baca, anda dengar tentangnya, tetapi sejauh mana anda benar-benar peduli? Kita melihat, tetapi kita memilih untuk menutup mata. Kita tahu, tetapi kita selesa dalam penafian. Hakikatnya, isu ini bukan sekadar kisah dalam skrip, ia nyata dan ia semakin parah.

    Saya dah pernah buat cerita poligami, penyondol, dan cinta. Dah letih, dah klise, dah bosan, dah muak. Dah mual dengan isu yang sama.

    Tunggu apa lagi? Tonton drama ini setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Strim juga 24 jam lebih awal di Tonton atau aplikasi Tonton untuk merasai debarannya sebelum orang lain.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah