28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas Pengawal Keselamatan Individu Ugut Ria Ricis – ‘Dia Sakit Hati Sebab Diberhentikan Kerja’

    Shopee Sale



    Teka-teka mengenai siapakah yang mengugut untuk menyebarkan foto serta video peribadi selebriti Indonesia, Ria Ricis sudah pun terjawab apabila pihak polis mengesahkan individu tersebut adalah bekas pengawal keselamatan yang pernah bekerja di kediamannya.

    Sakit hati diberhentikan kerja

    Memetik laporan portal Detik News, suspek difahamkan berbuat demikian kerana berang selepas dipecat Ria.

    Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya iaitu Kombes Ade Ary Syam Indradi, antara motif lain suspek memeras ugut kerana kegawatan ekonomi ekoran tidak bekerja.

    Suspek maklumkan dirinya berasa sakit hati selepas diberhentikan daripada pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan.

    Motif utama suspek berbuat demikian juga mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi ekoran tiada kerja.

    Dan disebabkan itu suspek memeras ugut sebanyak 300 juta Rupiah atau RM86, 853.

    Terdahulu, Ria atau nama sebenarnya Ria Yunita Ricis membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada kenalan yang mahu menyebarkan foto dan video peribadi miliknya.

    MENARIK:  ‘Sembilu The Reunion Live In Concert’ Bawa Awie, Erra Fazira & Ziana Zain Kembali Hidupkan Nostalgia Ikonik

    Menurut Ria, individu tersebut memintanya untuk memindahkan wang berjumlah RM85, 863 sekiranya tidak mahu foto serta video peribadinya tersebar.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah