
Isteri kepada pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Rokiah Ibrahim yang meninggal dunia pada Ahad.
Pergi mana-mana teringat mama

Mengakui benar-benar terkesan dengan pemergian ibunya yang tercinta Emylia berkata situasi tersebut amat berat untuk ditanggung.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Emylia berkata hatinya menjadi kosong dan tidak sama seperti dahulu.
Tidak kuat badan ini. Mama, Lia rindu mama. Bangun pagi pergi bilik, mama sudah tiada. Pergi dapur untuk masak, teringat mama.
Lia sudah tiada kawan borak. Ya Allah aku tidak kuat. Kosongnya hati ini Ya Allah.
Redha tapi rindu

Sementara itu, Emylia turut berkata dia masih menyesuaikan diri selepas ketiadaan ibunya.
Sunyinya rumah ini selepas pemergian mama. Setiap sudut mengingatkan mama.
Lia redha, mama sudah lama sakit. Cuma Lia sedih teringat semua kenangan bersama Mama, masa jaga mama.
Al-fatihah buat Mama, semoga Mama tenang di sana.
Terdahulu, Suke TV memaklumkan berita pemergian ibu Emylia di Instagram (IG).
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang pemergian arwah.





