Pempengaruh media sosial, Saby Rose menerima kecaman selepas menggelarkan usahawan selebriti, Noor Neelofa dan suaminya iaitu pendakwah bebas terkenal, PU Riz sebagai ‘orang suci’.
Saby dikecam

Menerusi hantaran di Threads, Saby menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang bergambar di sebelah pasangan suami isteri itu ketika menghadiri program Aku Perlukan Mu, Ya Rabb, Aku Penat pada Sabtu lalu.
Saya macam tak percaya duduk sebelah vibe orang yang suci macam ni rasa, Big thanks to Abang Anas Zahrin sponsor ticket VIP auto jumpa lofa !
Doakan saya istiqomah, seronok tengok keluarga bahagia kejar agama. Saya nak jadi isteri syurga, yang dapat barakah.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat teguran netizen yang mengatakan bahawa gelaran ‘orang suci’ itu tidak sesuai untuk digunakan.
Susulan daripada itu, Saby menjelaskan bahawa perkataan suci itu membawa banyak maksud dan baginya ia merujuk kepada seseorang yang memiliki hati bersih.
Kita cakap ‘suci’ kita means orang yang bersih hati. Kita doakan je setiap semua orang hati yang bersih, baik hati, kita letak ketepi segala keburukan. Sorrylah salah kata.
Sumber: Threads Saby Rose
The post Ditegur Netizen Kerana Gelar Neelofa & PU Riz ‘Orang Suci’, Ini Penjelasan Saby Rose first appeared on OHBULAN!.





