Susulan dikecam kerana dikatakan terlalu galak menari menerusi satu video yang tular di TikTok, penyanyi, Aisha Retno memaklumkan dirinya menerima segala komen teguran yang diberikan kepadanya secara terbuka.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Lawan Trauma, Bakal Anjur Showcase ‘The Aisha Experience’ September Ini!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisha Retno Menari Terlalu ‘Over’, Netizen Luah Rasa Kurang Senang
Terima teguran ramai

Menurut Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, dia menghargai segala teguran yang diberikan dan berjanji akan memperbaiki segala kekurangan di masa akan datang.
Sebenarnya ramai yang belum lihat trend asal video tarian itu. Saya hanya buat ikut trend di media sosial.
Mungkin juga disebabkan saya sedang gembira ketika itu, memandangkan video itu dirakam ketika acara listening party album saya (Re:Hab), jadi saya buat saja.
Apapun, saya hargai teguran orang ramai dan memohon maaf kalau buat mereka kurang selesa.
Apa-apa yang kurang dari diri saya, insya-Allah saya akan perbetulkan untuk masa hadapan.
Album Re.Hab

Dalam masa yang sama, Aisha berharap orang ramai memberikan lebih fokus kepada album sulungnya berjudul ‘Re.Hab’ yang baru sahaja dilancarkan 25 Julai lalu.
Meskipun hanya memuatkan lima buah lagu, ia merupakan satu permulaan yang sememangnya ‘cukup perisa’ kerana Aisha menonjolkan genre dan gaya penyampaian yang berlainan.
Antara lagu yang mendapat sambutan hangat adalah ‘Tidak Adil’ dan ‘Jeda’ yang merupakan lagu pop etnik terbaharu.
Lebih manis, lagu ‘Jeda’ ini dihasilkan Aisha berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.
Sebenarnya untuk lagu ini saya cari tajuk dahulu barulah tulis lagunya. Saya rasa perkataan Jeda itu adalah satu lambang yang tepat dan punya kaitan dengan tajuk album saya iaitu [Re.Hab].
Jeda bermaksud berhenti seketika dan dalam proses rehabilitasi atau pemulihan, kita perlu berhenti seketika untuk berfikir tentang apa yang telah berlaku dan apa yang kini sedang berlaku.
Saya tulis lagu ini berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri memandangkan saya pun sedang berhenti seketika untuk bercinta dan menumpukan lebih fokus terhadap kerjaya.
Dalam lagu ini, anda boleh dengar ada kisah srikandi dan arjuna, itulah yang saya gunakan sebagai metafora berkaitan mesej yang saya ingin sampaikan di manasrikandi itu tidak mahu mudah tertipu dengan kata-kata manis sang arjuna.
Syukur berjaya dihasilkan

Dalam pada itu, bekas peserta program ‘Big Stage’ ini meluahkan rasa syukur kerana album ‘Re.Hab’ ini dapat dihasilkan dengan jayanya meskipun menelan belanja yang agak tinggi.
Syukur Alhamdulillah kerana album ini dapat dihasilkan dengan jayanya. Saya sangat gembira dan terharu. Secara keseluruhan, ia memang menelan belanja yang agak tinggi sepanjang saya bergelar penyanyi.
Namun saya okay saja kerana bersemangat hendak hasilkan album studio yang pertama, lagipun lagu-lagu dalam album ini saya nukilkan sendiri bersama ‘collaborators’ yang lain.
Buat lagu sendiri memang memberi kepuasan yang luar biasa tambahan lagi, saya juga terlibat dalam kerja- kerja producing album ini bersama adik saya, Radi.
Kami dua beradik memang memandang serius tentang penghasilan album ini.
Sejak awal Januari tahun ini, hampir hari-hari kami bertungkus lumus untuk menyiapkannya. Mujurlah kami ada studio sendiri di rumah, lebih senang dan jimat masa.
Sekadar info, album ‘Re.Hab’ ini telah dilancaran secara rasmi di platform digital pada 25 Julai 2025.
Video muzik rasmi lagu ‘Jeda’ juga sudah boleh ditonton di saluran YouTube Aisha Retno.
Manakala video muzik (visualizer) untuk lagu ‘O.R.B.I.T’, ‘Lengkapilah Kita (Missing Peace)’ dan ‘Titik Temu’ pula dijadualkan menemui pada Jumaat, 1 Ogos 2025.
Fasa pertama album tersebut memuatkan lima buah lagu (secara digital) iaitu ‘Tak Adil’, ‘Jeda’, ‘O.R.B.I.T’, ‘Lengkapilah Kita (Missing Peace)’ dan ‘Titik Temu’.
The post Dikatakan Terlalu ‘Over’ Menari, Aisha Retno Terima Teguran Ramai – ‘Harap Boleh Berikan Fokus Kepada Album Terbaharu Saya’ first appeared on OHBULAN!.





