26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Didakwa Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof? Puteri Sarah Beri Respon – ‘Dah Move On Lah!’

    Shopee Sale



    puteri sarah syamsul

    Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul dakwaan di media sosial tentang pelakon Puteri Sarah Liyana yang didakwa sudah kembali bersama bekas suaminya, Syamsul Yusof.

    Puteri Sarah kecewa

    puteri sarah syamsul

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39, meluahkan rasa kesal berikutan dakwaan tentang status dirinya itu menjadi antara tajuk utama artikel yang dikongsikan di Facebook (FB).

    Seriously, makin menjadi-jadi lah tajuk FB. Makin benci dengan blog-blog dalam FB.

    Makin diam, makin aneh-aneh tajuk dia nak suruh masuk link Shopee.

    Susulan itu, Puteri Sarah menegaskan bahawa dia tidak pernah merujuk kembali perkahwinannya bersama pengarah filem Munafik tersebut dan sekaligus menafikan dakwaan berkenaan.

    Mula-mula kata rujuk balik, lepastu mengarut kata rujuk balik demi anak-anak. Aku tak fahamlah.

    Ramai DM tanya betul ke? Rujuk balik ke ? Jadi bini nombor dua ke?

    Eh berita palsu. Tidak akan terjadi! Kita dah move on lah!

    Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari tahun lalu, di Thailand.

    MENARIK:  Tak Bagi ‘Signal’ Ketika Belok, Penunggang Motosikal Maut Ditik*m

    Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah