Seorang penunggang motosikal maut selepas ditikam oleh seorang pengguna jalan raya dalam satu insiden di Jalan Ciwastra Mekar Jaya, Rancasari, Bandung, Indonesia pada 21 November lalu.
Artikel Berkaitan: Ibu Lemas Akibat Banjir, Anak Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Elak Dihanyut Air
Artikel Berkaitan: Berang Dihina ‘Orang Gila’, Lelaki Nekad Temb*k Jiran Guna Senapang Angin
Tikam berulang kali

Memetik laporan Baca Trend, kejadian tersebut berpunca apabila mangsa, Hadi Sukma dikatakan membelok tanpa memberi ‘signal’ (isyarat lampu penunjuk arah).
Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Alik, menegur mangsa namun teguran itu menimbulkan kemarahan sehingga membawa kepada pergaduhan.
Suspek yang dikejar oleh mangsa cuba mempertahankan diri dengan menikam lelaki itu berkali-kali.
Saya cuma menegur, tapi dia marah dan mengejar saya.
Saya panik dan kebetulan pisau itu saya bawa untuk jaga diri saya.
Susulan daripada itu, orang awam membawa mangsa ke hospital namun dia disahkan meninggal dunia.
Suspek yang cuba melarikan diri telah ditahan pihak polis pada keesokan harinya.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek berdepan pertuduhan membunuh yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Sumber: Baca Trend
The post Tak Bagi ‘Signal’ Ketika Belok, Penunggang Motosikal Maut Ditik*m first appeared on OHBULAN!.





