28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Demi Allah Saya Tak Nak Lepaskan Uqasha’ – Kamal Adli Harap Ada Peluang Kembali Rujuk

    Shopee Sale

    Pelakon, Kamal Adli berharap masih wujud ruang dan peluang untuk kembali berbaik dengan bekas isteri, Uqasha Senrose serta memperbaiki hubungan mereka yang telah terlerai.

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli, Uqasha Senrose Sah Cerai Talak Satu

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli Reda Dengan Keputusan Hakam – ‘Sudah Hampir Sampai Ke Penghujung’

    Kembali rujuk

    Kamal, 40, berkata, keputusan untuk melepaskan Uqasha bukanlah sesuatu yang mudah, malah disifatkan sebagai perkara paling berat yang terpaksa dilakukannya sepanjang hidup.

    Sumpah, demi Allah saya tak nak lepaskan Uqasha. Tapi saya dah cakap, saya kena lepaskan sebab saya boleh dapat ruang dan peluang untuk rujuk kembali.

    Kamal berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai melafazkan talak satu terhadap Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Tambah Kamal, dia sebenarnya tidak mempunyai kekuatan untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha.

    Saya tak mampu nak lafaz. Hari ini (Isnin) paling tak ‘best’ dalam hidup saya. Saya tak kuat sebenarnya. Saya tak nak pun (cerai), itu saja.

    Sementara itu, peguam syarie mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohamad Salleh memaklumkan bahawa prosiding pada Isnin asalnya adalah untuk pelantikan hakam.

    MENARIK:  Nora Ariffin Nafi Dakwaan Masuk Hospital – ‘Saya Baik-Baik Saja’

    Bagaimanapun, atas persetujuan bersama, Kamal akhirnya melafazkan cerai terhadap Uqasha.

    Jadi pada hari ini mereka sah bercerai bercerai pada jam 12:56 petang dengan talak raj’ie atas kebenaran mahkamah di hadapan hakim. Kamal berharap masih ada sinar.

    Kalau kita di posisi Kamal, memang dia masih lagi berharap sebenarnya. Jadi harapan itu masih boleh dipanjangkan hanya dengan mendapatkan satu cerai secara talak raj’ie, iaitu cerai yang boleh dirujuk.

    Jadi dalam tempoh ini, Kamal masih lagi boleh berharap, boleh berusaha sekiranya ada jodoh di antara mereka berdua. Itu sahaja. Kalau tidak ada, maksudnya setakat itu sahajalah jodoh mereka.

    Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

    The post ‘Demi Allah Saya Tak Nak Lepaskan Uqasha’ – Kamal Adli Harap Ada Peluang Kembali Rujuk first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah