
Usahawan piza, Jofliam tampil memberikan bukti berkenaan perniagaannya yang banyak menerima tanggapan negatif sejak kebelakangan ini.
Jofliam beri bukti

Menerusi hantaran di Instagram Story, Jofliam memuat naik sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sijil latihan pengendalian makanan dan kad suntikan typhoid.
Pizza Wagyu Jofliam pernah ada unit sendiri dan beroperasi sebelum bertukar kepada event.
Untuk kelulusan perlesenan, sudah tentu memerlukan dokumen yang lengkap seperti thypoid.
Dokumen lengkap sudah ada semenjak 2023 sehingga sekarang kerana saya beroperasi secara berlesen di unit itu.
Banyak laporan palsu

Menurut Jofliam, dia terpanggil untuk menjelaskan isu tersebut kerana mendakwa terdapat banyak laporan palsu berhubung perniagaannya.
Jadi tuduhan terhadap saya tiada thypoid sangat tidak berasas.
Saya terpaksa bersuara kerana banyak laporan palsu yang menyusahkan jabatan-jabatan.
Dalam pada itu, Jofliam turut memaklumkan bahawa dia akan mengadakan perbincangan bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya berkenaan kaedah operasi perniagaan piza.
Minggu hadapan saya akan bertemu dengan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk berbincang kaedah baru untuk penambahbaikkan bagi masa akan datang.
Terdahulu, berikutan menjalankan perniagaan piza di kawasan kediaman, beberapa individu tampil membuat laporan terhadap Jofliam.
Selain itu, mereka juga mendakwa perniagaan tersebut tidak berdaftar dan tiada lesen perniagaan.
Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan pemeriksaan terhadap pekerja yang didakwa berkemungkinan tidak mengambil suntikan typhoid.





