29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Datuk Red ‘Melobi’ Nak Sertai AI Team – ‘Abang Nak Cari Duit, Kerja Tak Banyak Sangat’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red menyorot perhatian apabila meluahkan hasrat untuk menyertai kumpulan popular di YouTube iaitu Alieff Irfan Team (AI Team).

    Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Sarung Gaun Pengantin, Komen Datuk Red Undang Perhatian – ‘Cantiknya..Memang Tak Padan Langsung Dengan Saya’

    MENARIK:  Oktovia Manrose Berharap Aliff Aziz Dapat Hidayah Sebelum Menghadapi Ujian Yang Sama Lagi

    Artikel Berkaitan: ‘Sumpah Aku Tak Cari Lain, Akan Kembali Menjadi Suami Bertanggungjawab’ – Datuk Red

    Datuk Red nak ‘join’ AI Team

    " data-video-id="7540576721309945108" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dato..red

    #aiteamsementara2025

    ♬ original sound – abg red – abg red

    Menerusi TikTok, Datuk Red atau nama lengkapnya Adnan Abu dengan bersahaja merayu untuk menyertai AI Team dan meminta Alieff untuk melonggarkan kriteria had umur yang telah ditetapkan.

    Alieff Irfan, abang dengar awak tengah cari AI Team untuk tahun 2025 kan?

    Adik, selitkanlah abang walaupun umur abang ini dah separuh daripada kreteria adik tu.

    Abang boleh menari, berlari dan main bola keranjang.

    Tambah Datuk Red, dia berhasrat untuk menyertai AI Team kerana mahu menambah pendapatannya yang kini semakin berkurangan.

    Boleh lah eh? Adik longgarkan had umur tu dan bagi abang (join).

    Abang pun nak cari duit dik, kerja pun tengah tak berapa banyak sangat ni, ‘job’ pun tak berapa cantik. Boleh dik eh?

    Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang respon balas diberikan Alieff terhadap permohonan Datuk Red itu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kesungguhan Datuk Red yang mencuba nasib untuk menyertai AI Team.

    Komen netizen

    Sumber: TikTok Datuk Red

    The post Datuk Red ‘Melobi’ Nak Sertai AI Team – ‘Abang Nak Cari Duit, Kerja Tak Banyak Sangat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah