28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Haliza Maysuri Risau ‘Sliding Door’ Tiba-Tiba Pecah – ‘Rumah Dipantau 24 Jam, Kami Dah Semak CCTV’

    Shopee Sale



    Usahawan terkenal, Haliza Maysuri meluahkan rasa gusar berikutan pintu kaca di salah sebuah bilik di kediamannya pecah secara tiba-tiba.

    ‘Sliding door’ pecah

    " data-video-id="7459661734232558855" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @halizamaysuri

    “Tiada hujan, tiada ribut, sliding door bilik anak saya hancur, pecah berderai. Ya Allah, lindungilah aku, ahli keluargaku, dan rumahku daripada kejahatan syaitan dan manusia. Ya Allah, jauhkanlah kami dari segala perkara yang tidak diinginkan. Ya Allah, peliharalah kami dalam rahmat dan perlindungan-Mu.

    ? Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Haliza tidak mengetahui apakah punca pintu kaca tersebut pecah kerana rumahnya sentiasa dipantau.

    Tiada hujan, tiada ribut, sliding door bilik anak saya hancur pecah berderai.

    Rumah ini dipantau 24 jam oleh pengawal keselamatan namun sliding door bilik anak tiba-tiba pecah berderai tanpa sebarang sebab yang jelas.

    Menurut Haliza, selepas melihat kamera litar tertutup (CCTV), dia mendapati tiada sebarang gerak-geri yang mencurigakan.

    Kami dah semak CCTV, tiada balingan batu atau objek mencurigakan.

    Dalam masa yang sama, usahawan tudung Bawal Exclusive itu memanjatkan doa kepada Allah agar dia dan keluarga sentiasa dilindungi daripada anasir jahat.

    Ya Allah, lindungilah aku, ahli keluargaku dan rumahku daripada kejadian syaitan dan manusia.

    Ya Allah, jauhkanlah kami dari segala perkara yang tidak diinginkan, peliharalah kami dalam rahmat dan perlindunganMu.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet selepas melihat kejadian tersebut, antaranya mereka berpendapat kemungkinan struktur kaca tersebut lemah.

    MENARIK:  Leona Simpan Hasrat Nak Jadi Ibu Sepenuh Masa, Bakal Tinggalkan Dunia ‘Influencer’ – ‘Saya Mengidolakan Ibu Saya’

    Selain itu, cuaca yang panas juga boleh menjadi punca kepada keretakan kaca.

    Walau bagaimanapun, warganet tetap mendoakan keselamatan Haliza dan keluarganya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah