28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dari Minuman Segar Hingga Dessert Viral, Ini Menu Terbaru Di The Coffee Bean & Tea Leaf

    Shopee Sale

    Dari minuman segar hingga pencuci mulut yang manis, The Coffee Bean & Tea Leaf bawakan menu terbaharu yang sesuai untuk semua orang!

    Cuba Mint Ice Blended Yang Menyegarkan

    Dalam semangat musim perayaan, The Coffee Bean & Tea Leaf memperkenalkan minuman dan pencuci mulut istimewa untuk masa terhad!

    Dari 5 November 2025 hingga 6 Januari 2026, The Coffee Bean & Tea Leaf memeriahkan musim ini dengan Mint Ice Blended terbaru, sesuai untuk sesiapa yang suka rasa segar dan sejuk sebagai penyegar hari.

    Siri Mint Ice Blended hadir dengan dua perisa baharu:

    • Choco Mint Ice Blended
    • Vanilla Mint Ice Blended

    Korang juga tambahkan chocolate wafer straw yang boleh dimakan pada minuman korang.

    Menu gourmet istimewa sempena musim perayaan

    Chicken & Cheese Toastie jadi pilihan tepat bagi yang sukakan rasa manis dan savoury dalam satu gigitan. Ayam cincang dan keju leleh diapit roti bakar rangup, dihidang bersama sos cranberry yang masam-manis untuk keseimbangan rasa yang sempurna.

    Kalau korang nak hidangan yang lebih mengenyangkan, cuba Chicken Mushroom Pot Pie. Ayam lembut bersama cendawan dalam sos krim dibalut dengan kulit pastri rangup. Dihidang bersama kuah istimewa dan salad.

    Untuk penggemar pasta, cuba House Roasted Chicken with Aglio Olio. Hidangan ini menggabungkan ayam panggang bersama pasta bawang putih yang dimasak bersama minyak zaitun, simple tapi sedap!

    Wajib Cuba Dessert Viral!

    Tiramisu For You ialah versi terbaru daripada dessert viral Tiramisu For Two. Lapisan ladyfingers direndam dengan kopi espresso disusun bersama krim mascarpone yang lembut dan ditabur serbuk koko, dihidangkan dalam waffle basket rangup.

    MENARIK:  Fara Salleh Dakwa Shuk & ‘Family’ Abaikan Panggilan Telefon Mahkamah – ‘Jahatnya Keluarga Ini’

    Pull Me Up Cake Choco Pistachio pula untuk peminat coklat dan pistachio. Lava cake pistachio yang lembut siraman coklat panas di tengah, lengkap dengan Pistachio Crème Crown, setiap suapan pasti menyeronokkan.

    Siri Banana Pudding

    Tersedia dari 19 November 2025 hingga 6 Januari 2026, Iced Double Chocolate with Banana Pudding memang heaven untuk pencinta coklat! Bayangkan coklat pekat digabung dengan puding pisang yang lembut, kemudian disejukkan. Haa.. Memang sempurna untuk rasa yang segar dan penuh nikmat!

    Kalau nak sesuatu yang lebih ringan, cuba Iced Matcha Latte with Banana Pudding gabungkan rasa matcha yang earthy dengan manis puding pisang, jadikan minuman ni lebihi creamy.

    Untuk yang lebih suka makan guna sudu, Golden Banana Pudding memang tak boleh dilepaskan! Sponge vanila lembut, kastard pisang yang halus, dan wafer rangup menjadikan sebuah gabungan yang cukup sempurna!

    Haa.. Jangan tunggu-tunggu lagi, korang tahu kan menu viral The Coffee Bean & Tea Leaf selalu sold out? Jadi kena cepat kalau tak nak melepas!

    Kalau korang nak tahu sebarang promosi atau update terkini The Coffee Bean & Tea Leaf korang boleh klik di SINI

    The post Dari Minuman Segar Hingga Dessert Viral, Ini Menu Terbaru Di The Coffee Bean & Tea Leaf first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah