Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah yang beraroma dan telah digunakan sejak ribuan tahun lalu dalam masakan serta perubatan tradisional.
Artikel Berkaitan: Pengambilan Daging Merah Secara Berlebihan Boleh Jejaskan Buah Pinggang, Risiko Dapat Kanser – Kajian
Artikel Berkaitan: Khasiat Kaki Ayam: Sumber Kolagen Untuk Kesihatan & Kecantikan Tubuh Badan
Kayu manis jenis Ceylon baik untuk kesihatan

Terdapat dua jenis kulit kayu manis yang paling dikenali di serata dunia, iaitu Ceylon (Cinnamomum verum), yang digelar sebagai ‘true cinnamon’ dan Cassia (Cinnamomum aromaticum), sejenis kulit kayu manis yang paling banyak dipasarkan.
Menariknya, bukan hanya kulit pokok kayu manis sahaja yang bermanfaat, malah daun, bunga, buah dan akarnya turut digunakan dalam amalan perubatan tradisional di India, China dan Parsi sejak turun-temurun.
Dalam perubatan tradisional, kayu manis dipercayai dapat melegakan keradangan, sakit saraf, penyakit jantung, dan batuk.
Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), setiap satu sudu teh serbuk bersamaan dengan 2.6 gram, membekalkan tenaga yang rendah tetapi mengandungi mineral penting seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, dan kalium, serta sejumlah kecil vitamin A, vitamin B, dan vitamin K.
Kulit kayu manis juga kaya dengan antioksidan semula jadi seperti kolin, beta-karotena, alfa-karotena, beta-kriptoksantin, likopena, lutein, dan zeaxanthin, yang berfungsi dalam melindungi sel tubuh daripada kerosakan oksidatif.
Bagi mereka yang ingin mengambil kayu manis dalam bentuk suplemen kesihatan, kayu manis jenis Ceylon adalah pilihan ideal kerana ia berkualiti tinggi.
Berdasarkan kajian moden, minyak pati dari kayu manis mempunyai sifat antimikrob yang kuat dan mampu melawan kulat berbahaya seperti Candida, yang boleh menyerang sistem peredaran darah manusia.
Untuk individu yang menghidap masalah diabetes jenis 2, pengambilan kayu manis jenis Cassia, dapat menurunkan paras gula darah, kolesterol jahat (LDL), dan trigliserida.
Mencegah kanser

Selain itu, ekstrak dari kayu manis yang dikenali sebagai CEppt berpotensi memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.
Terdapat juga kajian perubatan di India yang dijalankan terhadap tumbuhan, menunjukkan bahawa ekstraknya berupaya mengurangkan aktiviti virus, seperti human immunodeficiency virus (HIV).
Dalam penyelidikan yang berasaskan haiwan, serbuk kayu manis berpotensi mengaktifkan semula sel imun tregs serta membantu memulihkan lapisan myelin, iaitu sebuah komponen penting pada saraf yang rosak dalam penyakit multiple sclerosis (MS).
Gabungan minyak kayu manis dan pudina turut diuji dalam kapsul mikro untuk membunuh biofilm bakteria dan mempercepat penyembuhan luka yang kronik.
Dari sudut kesihatan jantung, sebatian aktif utama cinnamaldehyde terbukti ianya mampu menurunkan tekanan darah.
Kayu manis yang diamalkan bersama senaman aerobik menyumbang kepada peningkatan fungsi jantung dan ekstraknya berupaya mencegah pertumbuhan sel kanser, khususnya sel melanoma, dengan mengurangkan tekanan oksidatif.
Sumber: e Central
The post Dari Dapur Hingga Ke Kesihatan: Khasiat Luar Biasa Kulit Kayu Manis first appeared on OHBULAN!.





