
Dalam dunia perniagaan, setiap kejayaan bermula dengan langkah kecil dan keberanian untuk mencuba. Di TikTok Shop, ramai usahawan berjaya mengubah hidup mereka daripada kesusahan kepada kejayaan luar biasa!
Dari bekas jurutera kepada jutawan produk kesihatan, kisah-kisah ini membuktikan bahawa dengan strategi yang betul, impian boleh menjadi realiti. Jom kenali 7 usahawan hebat ini!
1. Mama Cah Kitchen: Dari jurutera ke usahawan Bak Chang laris!
Syukur alhamdulillah.. Terima kasih pada yang dah beli bak Chang dan join live mama semalam. Korang semua memang terbaik. Pada yang tak dapat beli mama minta maaf tau.. Kita jumpa 17.8.24 jam 9.00 malam nanti okey?? #bakchang #bakchanghalal #bakchangmamacahkitchen #trending #food #mamacahkitchen
? original sound – Mama Cah Kitchen – Mama Cah Kitchen
Dulu bekerja sebagai kontraktor jurutera, kini Mama Cah Kitchen berjaya menjual 1,000 biji Bak Chang dalam masa 1 minit sahaja di TikTok Shop!
Bermula dengan berkongsi resipi di media sosial, minatnya dalam masakan berkembang menjadi bisnes yang semakin maju dengan bantuan TikTok Shop. Kini, produk makanannya mendapat permintaan tinggi, dan dia terus mengembangkan bisnesnya dengan strategi pemasaran yang lebih efektif di platform ini.
2. Barang Dapur Basah: Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya!

Sebelum ini, perniagaannya pernah gagal, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya. Melihat keperluan ibu-ibu yang sibuk dan mahukan bahan masakan segar tanpa perlu bersusah payah menyiang sendiri, beliau mencipta konsep “barang basah siap siang” yang kini mendapat sambutan luar biasa.
Dengan memanfaatkan TikTok Shop sebagai platform jualan, Barang Dapur Basah kini menjadi jenama yang dipercayai ramai dan semakin berkembang.
3. CikNa Chocotainer: Dari oil & gas ke empayar coklat sihat!
Replying to @Angah430 terima kasih Angah ?? #chocotainer #CikNaChocotainer #tiktokmalaysia #coklatviral #viral #snacking #fyp #diet #coklat
? Live Your Beautiful Life – Gray Griggs
Selepas bertahun-tahun dalam industri minyak & gas sebagai seorang General Manager, CikNa mengambil keputusan drastik untuk mengejar impiannya dalam bidang makanan. Beliau memperkenalkan Chocotainer, jenama coklat sihat yang sesuai untuk snek on-the-go.
Dengan kreativiti dalam pemasaran di TikTok Shop, produknya semakin mendapat tempat di hati peminat makanan sihat, sekaligus membuktikan bahawa perubahan kerjaya boleh membawa kejayaan luar biasa jika dilakukan dengan strategi yang betul.
4. Amoras Loves: Daripada ditolak biasiswa kepada kejayaan lima angka!
Terkejut! Tercekik! Semua lah Amora rasa bila harga naik. Nangis Amora. #fyp #malaysia #foryou #malaysiatiktok #softcookies #shouldbeme #live #fy #softcookiesmalaysia #foryoupage #crystalcandy
? original sound – Amora’s Loves ?? – Amora’s Loves ??
Pernah gagal mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran, Amoras tidak menjadikan hal itu sebagai penghalang. Demi menampung yuran pengajian, beliau mula menjual biskut lembut secara kecil-kecilan.
Pada awalnya, jualannya tidak begitu memberangsangkan, tetapi dengan memanfaatkan TikTok Shop dan berkongsi kisah pelanggan serta pengalaman peribadi, jualannya melonjak dari hanya RM1,000 sebulan kepada lima angka sebulan! Kisahnya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda yang ingin menjana pendapatan sendiri.
5. Chef Ustazah: Dari dapur rumah ke pasaran antarabangsa!

Bekas pensyarah UiTM ini begitu mencintai dunia masakan dan mahu membawa produk makanan halal berkualiti tinggi ke pasaran luas.
Bermula dari dapur rumahnya, beliau kini memiliki kilang sendiri yang menghasilkan lebih 100 produk termasuk pes masakan, sos, sambal, dan produk Ready-To-Eat.
Dengan lebih 34,000 affiliate di TikTok Shop, produknya bukan sahaja laris di pasaran tempatan tetapi juga dalam proses menembusi pasaran luar seperti UK, Korea, dan Jepun!





