30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Darah Haid Berketul: Normal Atau Petanda Masalah Kesihatan?

    Shopee Sale

    Haid merupakan proses semula jadi yang dialami setiap wanita, namun keadaan darah haid tidak selalu sama setiap bulan.

    Artikel Berkaitan: Senggugut & Sakit Belakang Jejas Aktiviti Harian, Amalkan Tips Kesihatan Ini Ketika Haid

    Artikel Berkaitan: Wanita Haid Masih Boleh Membaca Al-Quran, Elak Risiko Terlupa Hafalan Hafazan

    Gumpalan merah gelap atau coklat

    Ada kalanya darah haid kelihatan pekat, gelap, atau berketul seperti hati ayam, hingga menimbulkan kebimbangan sama ada ia normal atau tanda masalah kesihatan.

    Ketulan darah semasa haid merupakan gumpalan berwarna merah gelap atau coklat yang boleh keluar dalam pelbagai saiz.

    Secara normalnya, tubuh menghasilkan bahan antikoagulan untuk mencegah darah daripada membeku terlalu cepat.

    Namun, apabila aliran haid terlalu deras, sistem ini mungkin tidak mampu menampung jumlah darah yang banyak, dan menyebabkan ketulan terbentuk.

    Salah satu punca utama adalah ketidakseimbangan hormon, terutamanya estrogen dan progesteron, yang boleh menebalkan dinding rahim sehingga pendarahan menjadi lebih banyak dan berketul.

    MENARIK:  Prince Syed Sambut ‘Birthday’, Harga Kek Cecah RM200,000 – ‘Dipenuhi Dengan Bunga Emas 916’

    Selain itu, kehadiran fibroid, polip rahim, endometriosis, atau adenomyosis juga boleh mengganggu aliran darah, manakala dalam sesetengah kes, ketulan darah mungkin menjadi petanda awal keguguran, lebih-lebih lagi jika ia disertai dengan sakit perut yang kuat.

    Ketulan darah yang kecil hingga sederhana biasanya dianggap normal, sekiranya ia tidak disertai gejala lain.

    Namun, perhatian perlu diberikan apabila ketulan besar seperti sebesar tapak tangan atau melebihi 2.5 cm, berlaku secara kerap, atau disertai simptom seperti sakit teruk, pening dan keletihan melampau.

    Dalam keadaan ini, pemeriksaan doktor disarankan bagi memastikan tiada masalah kesihatan serius.

    Sumber: The Asian Parent

    The post Darah Haid Berketul: Normal Atau Petanda Masalah Kesihatan? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah