30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prince Syed Sambut ‘Birthday’, Harga Kek Cecah RM200,000 – ‘Dipenuhi Dengan Bunga Emas 916’

    Shopee Sale

    Perkongsian pempengaruh dan usahawan, Prince Syed yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-33 tahun pada Isnin telah menyorot perhatian netizen.

    Artikel Berkaitan: Prince Syed Tak Melatah Disindir Bawa Isteri Bercuti Di Cameron Highlands, Dedah Pernah Berhabis Lebih RM20K

    Sambutan mewah & meriah

    Menerusi Facebook, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman memuat naik video dirinya dan isteri yang mengenakan busan bertemakan ‘Bollywood’ sewaktu majlis sambutan tersebut.

    Apa yang mencuri perhatian tentunya kek mewah yang ditempah khas Prince Syed bagi meraikan ulang tahun kelahirannya.

    Ujar Prince Syed, kek yang dipenuhi dengan bunga emas dan juraian rantai berhuruf ‘S’ itu diperbuat daripada emas 916 dan mencecah RM200,000.

    Kek Emas 916 bernilai RM200,000 dipenuhi dengan bunga-bunga emas dibahagian atas kek dan jurai rantai berhuruf ‘S’ sempena nama saya iaitu Syed.

    Alhamdulillah, syukur genap lah usiaku 33 tahun untuk tahun ini.

    Bukan itu sahaja, Prince Syed turut berkongsi mengenai isterinya yang mengenakan barang perhiasan bernilai hampir RM2 juta ketika majlis berlangsung.

    Isteri mengenakan perhiasan emas dan berlian bernilai hampir RM 2 juta dari atas sampai bawah.

    Penampilan saya siapkan dan berinspirasikan pelakon terkenal Bollywood, Sridevi.

    Di akhir perkongsian, Prince Syed menitipkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk merasai pinjaman Allah SWT.

    MENARIK:  Subsidi Minyak Disasar Semula: Rakyat Dilindungi, Warga Asing & Korporat Tak Lagi Nikmati Harga Rakyat

    Posting Prince Syed

    Sumber: Facebook

    The post Prince Syed Sambut ‘Birthday’, Harga Kek Cecah RM200,000 – ‘Dipenuhi Dengan Bunga Emas 916’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah