Pelakon, Daler Yusuf meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen negatif di media sosial berikutan hantaran sambutan ulang tahun anak perempuannya.
Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Tegur Kekasih & Bapa Tiri Puteri Balqis – ‘Tak Elok Cara Tu, Kurang Ajar & Kasar’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sokong Puteri Balqis, Cuma Sebagai Lelaki Kita Kena Jaga Bahasa Walau Sejahat Mana Sekalipun Dia’ – Daler Yusuf
Semoga diberi hidayah

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, menyifatkan komen negatif itu sebagai tindakan yang tidak wajar.
Walaupun terkilan dengan komen tersebut namun Daler tetap mendoakan yang terbaik buat individu itu.
Memanggil anak perempuan saya yang berusia 9 tahun dengan begitu, kamu mesti sangat jahat!
Semoga Allah bagi kamu hidayah.
Terdahulu, seorang individu meninggalkan komen mengkritik solekan anaknya, malah menyamakan penampilan kanak-kanak itu dengan pelacur.
Komen itu mencetuskan kemarahan netizen yang kebanyakannya menyifatkan individu tersebut telah melebihi batas.
Kecil-kecil pakai mekap tebal, muka macam pelacur.
Sumber: Threads
The post Daler Yusuf Terkilan Netizen Tergamak Komen Biadab Gara-Gara Solekan Anak, Doa Agar Diberi Hidayah first appeared on OHBULAN!.





