26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Persoal Hukum Anjing Dibawa Masuk Rumah, Sasha Abdul Aziz Luah Rasa Kesal – ‘Sah-Sahlah Saya Selamatkan Dia’

    Shopee Sale

    Perkongsian personaliti media sosial Sasha Abdul Aziz mengenai anjing yang diselamatkannya telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

    Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Ini Saya Benarkan Anak-Anak Guna Gajet, Tapi Mereka Jadi Mudah Marah’ – Sasha Abdul Aziz

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Semua Normal’ – Sasha Abdul Aziz Respon, Individu Dakwa Cahaya Mata Sulung Hidap Autisme 

    Bantu anjing sakit

    View this post on Instagram

    A post shared by Sasha Aziz (@sashaabdulaziz)

    Menerusi hantaran di Instagram, Sasha memuat naik video-video dan mengimbas kembali momen ketika dia dan keluarga menjaga anjing tersebut.

    Menurut Sasha, anjing yang pernah diselamatkan itu kini telah diserahkan kepada penjaga baharu.

    Selamat tinggal Nutella.

    Saya selamatkan awak dan sudah jatuh hati pada awak.

    Saya harap penjaga baru awak akan menjaga awak dengan baik.

    Netizen persoal hukum

    Walau bagaimanapun, terdapat warganet yang kurang senang dengan tindakan Sasha serta ahli keluarganya yang membawa anjing tersebut ke dalam rumah.

    MENARIK:  AJL38: 90 Peratus Pentas Bakal Cipta Sejarah dengan Penggunaan LED

    Tidak hanya berdiam, ibu kepada tiga orang anak ini tampil mempertahankan dirinya daripada dakwaan tersebut.

    Saya lebih rela cakap dengan anjing daripada seseorang yang suka menghukum macam ini.

    Sah-sahlah saya selamatkan anjing ini.

    Terdahulu, Sasha menyelamatkan anjing tersebut selepas haiwan itu hampir di langgar di atas jalan raya.

    Sasha kemudian menguar-uarkan di laman Threads terutama kepada individu bukan Islam yang berminat untuk menjaga anjing tersebut.

    Sumber: IG Shasha Abdul Aziz

    The post [VIDEO] Netizen Persoal Hukum Anjing Dibawa Masuk Rumah, Sasha Abdul Aziz Luah Rasa Kesal – ‘Sah-Sahlah Saya Selamatkan Dia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah