Semalam, tularnya berita mengenai beberapa pempengaruh dan selebriti terkenal dikesan ‘liat’ untuk membayar cukai jalan kenderaan mewah milih mereka.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Sedia Bajet RM10K, Cari Pereka Fesyen Buat Baju ‘Luar Kotak’ Untuk Hadiri AMT
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqbal Zulkefli Teman Siti Jamumall ‘Check Up’ Kandungan, Netizen ‘Approve’ Kalau Bersama
‘Tenat pakai kereta mahal’
View this post on Instagram
Isu tersebut turut mendapat perhatian pempengaruh dan usahawan, Iqbal Zulkefli yang memberikan pandangannya terhadap realiti sebenar memilik kenderaan mewah.
Ujar pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli itu, adalah menjadi satu beban buat golongan ternama memilik kereta mewah kerana kos yang perlu dibayar mereka sangat tinggi pada setiap bulan.
Cukai jalan dan insurans bagi kereta jenis Lamborghini berjumlah RM100,000 setahun.
Memang ramai yang bayar lambat-lambat sikit lebih-lebih yang jarang gunakannya.
Saya pun cuba lewat-lewatkan bayaran tetapi kalau apa-apa terjadi kan tak berbaloi untuk dibaiki.
Tenat pakai kereta mahal ni sebenarnya.
Komen Iqbal Zulkefli

Terdahulu, wartawan Media Prima Berhad iaitu Mohd Redzuan Abdul Manap berkongsi foto memaparkan beberapa buah kenderaan mewah yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan ‘liat’ untuk membayar cukai jalan.
Apa yang menyorot perhatian ialah, kenderaan milik selebriti dan pempengaruh juga antara yang ditahan dengan alasan mereka hanya menggunakan kenderaan itu pada waktu hujung minggu sahaja.
Sumber: Aplikasi X
The post ‘Cukai Jalan & Insurans Kereta Lamborghini Berjumlah RM100,000 Setahun’ – Iqbal Zulkefli first appeared on OHBULAN!.





