
Pelawak dan usahawan, Shuib meluahkan rasa berang apabila pempengaruh bernama CEO Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera.
Nafi kambing hitam

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 40, menegaskan syarikat tersebut merupakan miliknya dengan pegangan saham sebanyak 60 peratus dan bakinya dipegang oleh rakan kongsi berbangsa Cina.
Malah, Shuib turut menafikan dirinya menjadi mangsa keadaan atau ‘kambing hitam’.
Kenapa CEO Helmie bang**g ini cakap syarikat Bubblebee bukan syarikat orang Melayu (Bumiputera) dan saya jadi ‘kambing hitam’, kepala ot*k kau ‘kambing hitam’.
Aku cari makan dekat Bubblebee untuk anak-anak, ini dugaan aku jatuh bangun dalam berniaga. Sudah menjadi adat resam berniaga.
Kalau kau rajin pergi bukak SSM dan tengok siapakah ‘shareholder’. Pemegang ‘share’ terbesar nama dia Shahmira Muhamad. Dia (Shahmira Muhamad) pegang 60 peratus.
Kemudian ada seorang kawan saya bangsa Cina, dia pegang ‘share’ sebanyak 40 peratus.
Cari CEO Helmie

Enggan berdiam diri, Shuib memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-udang terhadap penyebar fitnah yang telah merosakkan reputasinya.
Pelawak itu juga meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan CEO Helmie untuk dia mengambil tindakan lanjut.
Ingat, bila mana seseorang mengambil tindakan dan bila proses itu sudah berjalan, awak kena pergi menghadap mahkamah, cari peguam. Awak ingat itu satu perkara yang mudah?
Perkara itu akan menyusahkan awak, melibatkan duit dan masa. Jadi, fikirkan baik-baik.
Untuk CEO Helmie, saya akan tetap jalankan kerja saya. Kalau sesiapa yang mungkin tahu keberadaan CEO Helmie, boleh DM saya sebab minggu ini memang kami ingin mencari dia.





