28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erma Fatima Pilih ‘Kroni’ Bintangi Filem ‘Langit 2 Warna’, Nak Elak Hadap Perangai Pelakon ‘Diva’

    Shopee Sale

    Pengarah filem Langit 2 Warna, Erma Fatima mengakui sebahagian besar barisan pelakon yang dipilih untuk naskhah terbaharunya itu terdiri daripada individu yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Erma Fatima Tak Sanggup Sebut Tajuk Drama Baharu, ‘Dia Perempuan Sialan’ – ‘Kedengaran Agak Kasar

    Pilih kroni

    Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata, dia tidak kisah sekiranya ada pihak menyifatkan pemilihan pelakon berkenaan sebagai tindakan memilih ‘kroni’, kerana baginya keserasian serta pengalaman bekerja bersama amat penting bagi memastikan kelancaran penggambaran.

    Ya, memang kroni. Mereka semua kawan-kawan saya dan kami pernah bekerjasama sebelum ini. Saya kenal mereka dan saya tidak mahu berdepan masalah ketika penggambaran. Saya juga tidak mahu melayan perangai ‘diva’ pelakon di lokasi penggambaran.

    Erma berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan pengumuman barisan pelakon Langit 2 Warna di ibu negara.

    Antara pelakon yang terlibat dalam filem berkenaan ialah Ummi Nazeera, Eman Manan, Datuk Tarmimi Siregar dan Datin Seri Umie Aida.

    Lebih istimewa, Erma turut menerbangkan dua pelakon ternama dari Indonesia, Christine Hakim dan Reza Rahadian dalam naskhah tersebut.

    Bagaimanapun, Erma mengakui proses mendapatkan khidmat kedua-dua pelakon berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah, walaupun dia sudah lama mengenali Christine.

    Saya sudah lama kenal Christine, tetapi pada awalnya memang tidak merancang untuk menawarkannya watak dalam filem ini. Saya cuma hantar skrip kepadanya untuk mendapatkan pandangan.

    Bagaimanapun, selepas membaca skrip, dia seakan-akan memberi bayangan mahu terlibat. Jadi, saya ubah skrip dan wujudkan satu watak khas untuk Christine.

    Bagi Reza pula, namanya memang tiada dalam senarai asal. Christine yang mencadangkan Reza selepas membaca cerita dan watak utama.

    Menurut Erma, dia terpaksa menunggu hampir dua bulan sebelum menerima jawapan daripada Reza berhubung tawaran tersebut.

    MENARIK:  Penyanyi Didakwa B*nuh Remaja 14 Tahun, M*yat Reput Ditemui Dalam Bonet Kereta

    Malah, persetujuan Reza untuk menyertai filem itu menyebabkan Erma sanggup menangguhkan jadual penggambaran daripada Jun kepada November.

    Disebabkan Reza sudah bersetuju, saya tangguhkan penggambaran ke November walaupun pada asalnya kami merancang untuk bermula pada Jun.

    Langit 2 Warna merupakan karya tulisan Erma sepenuhnya dan bakal menjalani penggambaran di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Mesir.

    Filem berkenaan juga cukup istimewa buat Erma kerana menandakan kemunculannya semula sebagai pengarah filem selepas 10 tahun berehat daripada kerusi pengarah.

    The post Erma Fatima Pilih ‘Kroni’ Bintangi Filem ‘Langit 2 Warna’, Nak Elak Hadap Perangai Pelakon ‘Diva’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah