26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Pertahan Raja Azura, Didakwa Diperlekeh Hanya Miliki SPM – ‘Mama Berjaya Didik Saya & Abang- Abang Menjadi Manusia Berpendidikan Tinggi’

    Shopee Sale

    Anak kepada pelakon dan pengacara, Raja Azura iaitu Puteri Mia Maizura tampil mempertahankan ibunya yang menjadi sasaran kecaman melampau.

    Artikel Berkaitan: Raja Azura Terbuka Digandingkan Dengan Keanu Azman – ‘Lakukan Apa Yang Kita Mampu, Tak Boleh Puaskan Hati Semua’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raja Azura Doa Abby Abadi Diberi Ketenangan Hati, Kembali Berdamai Dengan Keluarga – ‘Pasti Ada Jalan’

    Pertahan ibu

    View on Threads

    Puteri Mia bersuara selepas seorang individu didakwa memperlekehkan tahap pendidikan Raja Azura selepas melihat cara pengacara itu mengendalikan sebuah program nyanyian baru-baru ini.

    Menurut Puteri Mia, walaupun ibunya hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), wanita itu tetap berjaya mendidik anak-anaknya sehingga masing-masing memperoleh pendidikan tertinggi.

    Saya faham mama (Raja Azura) berpendidikan sampai SPM sahaja tapi mama saya berjaya didik saya dan abang- abang saya menjadi manusia yang berpendidikan tinggi.

    Tanpa dia saya tidak akan berada di sini.

    Kata anak bongsu Raja Azura itu, tidak salah untuk menegur namun tidak wajar untuk merendahkan dan mempertikaikan tahap pendidikan seseorang.

    Cukup sekadar teguran, saya dan mama saya boleh terima. Tapi jangan downgrade mama saya macam tu.

    Dalam komen yang lain, Puteri Mia turut memohon maaf kepada mereka yang kurang senang dengan cara ibunya mengacarakan program tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] 23 Pejuang Global Sumud Flotilla Selamat Tiba Di Kuala Lumpur.. 2,000 Sambut Kepulangan Dengan Laungan ‘Bebas Gaza’

    Jelas Puteri Mia, ibunya sudah mengetahui tentang kecaman yang diterima dan akan memgambil teguran itu sebagai ruang untuk memperbaiki pada minggu seterusnya.

    Terdahulu, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku menerima kecaman selepas didakwa kurang serasi ketika digandingkan bersama Keanu Azman dalam sebuah program nyanyian.

    Sumber: Threads

    The post Anak Pertahan Raja Azura, Didakwa Diperlekeh Hanya Miliki SPM – ‘Mama Berjaya Didik Saya & Abang- Abang Menjadi Manusia Berpendidikan Tinggi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah