30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik Manggis Serius Dalam Sukan Pickleball, Ambil Jurulatih Profesional Sejak Januari

    Shopee Sale

    Fenomena pickleball yang semakin mendapat tempat di Malaysia turut menarik perhatian ahli kumpulan DeFam, Cik Manggis, yang menjadikan sukan itu sebagai rutin penting dalam kehidupannya demi menjaga kesihatan serta kekal aktif.

    Artikel Berkaitan: ‘Suami Paling Bahagia Sekali’ – Peminat Puji Penghijrahan Cik Manggis Berhijab Sepenuhnya

    Artikel Berkaitan: ‘De Fam Ada Etika Pemakaian Yang Ditetapkan, Sebagai Muslim Kami Tahu Apa Boleh Pakai’ – Azira Shafinaz

    Ambil jurulatih

    Menurut Cik Manggis, 36, dia mula melibatkan diri dengan pickleball sekitar Oktober tahun lalu dan kini sudah genap setahun.

    Kesungguhan itu diperkukuhkan lagi apabila Cik Manggis mula menjalani latihan bersama jurulatih profesional sejak bulan Januari.

    Saya memang mula bermain sekitar Oktober tahun lepas. Bila dah setahun, saya rasa perlu lebih fokus, sebab itu saya ambil jurulatih sejak Januari.

    Dedah pemilik nama Nurshazwani Shamsuddin, kecenderungannya terhadap aktiviti fizikal sudah terbentuk sejak di bangku sekolah.

    Dari dulu saya memang aktif. Saya jenis yang tak boleh duduk diam dan suka isi masa dengan buat sesuatu yang berfaedah.

    Tambahnya lagi, pengalaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan besar terhadap tahap kesihatannya, sekali gus membuka kesedaran untuk kembali aktif bersukan.

    Ada satu fasa waktu PKP saya rasa badan tak sihat. Dari situ saya sedar saya perlu bangkit dan kembali bersukan. Bagi saya, sukan memang sangat membantu kesihatan.

    Apabila pickleball mula diperkenalkan di Malaysia, Cik Manggis melihat sukan tersebut sebagai peluang baharu, bukan sahaja untuk kekal sihat malah berpotensi pergi lebih jauh.

    Bila pickleball mula masuk Malaysia, saya terus sertai. Saya rasa perubahan pada kesihatan saya dan walaupun sukan ini masih baru, saya nampak peluang untuk berkembang dan pergi jauh.

    Cik Manggis berkata demikian ketika ditemui pada acara Selkirk Fans Social Tournament yang berlangsung, baru-baru ini.

    MENARIK:  Adam Corrie Singkap Kisah Cacah Tatu – ‘Apa Yang Saya Anggap Cantik, Rupanya Bukan Jalan Yang Allah Reda’

    Acara berkenaan mencatat sejarah tersendiri apabila Selkirk melancarkan aktivasi jenama pertamanya di Malaysia menerusi kerjasama bersama rakan pickleball tempatan, DINKLAB, sekali gus mengukuhkan kedudukan sukan pickleball di peringkat nasional.

    Cawangan baru

    Pelancaran paddle Selkirk Boomstik Raw Carbon Asia Edition menjadi antara tumpuan utama, mencetuskan keterujaan dalam kalangan pemain yang ingin mencuba inovasi terbaharu jenama antarabangsa itu.

    Selain kehadiran Cik Manggis dan suaminya yang juga duta, Syazmin, acara tersebut turut diserikan dengan pempengaruh selebriti seperti Josiah serta pengacara Weena Marcus.

    Para peserta bukan sahaja berpeluang menyertai pelbagai permainan mini berintensiti tinggi, malah turut merebut hadiah wang tunai serta dua unit paddle Selkirk Boomstik Raw Carbon Asia Edition menerusi kejohanan sosial yang dianjurkan.

    Salah satu momen paling mencuri perhatian ialah penyertaan sulung Madam Lim Choon Kiat, 71, yang berjaya meraih tempat naib johan ketiga, sekali gus membuktikan pickleball sesuai untuk semua lapisan usia.

    Dalam perkembangan sama, DINKLAB turut mengumumkan pembukaan cawangan ketiga serta kedai flagship berkonsep tandatangan pertama di Petaling Jaya.

    Sementara itu, Pengasas Bersama DINKLAB, Kelvin Soo, berkata kedai tersebut bakal menjadi ruang pengalaman lengkap buat komuniti pickleball tempatan.

    Kami mahu membina sebuah ruang yang membolehkan pelanggan merasai sendiri pengalaman penuh jenama, daripada peralatan hinggalah kepada aktivasi dan acara.

    Dengan keluasan lebih 4,000 kaki persegi, kedai flagship ini akan dilengkapi gelanggang ujian tertutup, bilik pelarasan paddle, ruang VIP serta fasiliti acara profesional, selain menampilkan lebih 20 jenama antarabangsa seperti Wilson, ASICS, Selkirk, JOOLA dan Franklin.

    The post Cik Manggis Serius Dalam Sukan Pickleball, Ambil Jurulatih Profesional Sejak Januari first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah