29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adam Corrie Singkap Kisah Cacah Tatu – ‘Apa Yang Saya Anggap Cantik, Rupanya Bukan Jalan Yang Allah Reda’

    Shopee Sale

    Pelakon Adam Corrie berkongsi pengalaman mencacah tatu di badan sebelum dirinya bergelar mualaf.

    Artikel Berkaitan: Netizen Bimbang Influencer Tampil Dengan Penampilan Baru – ‘Tatu Itu Masih Baru, Masih Merah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adam Corrie Tak Pulang Ke Kampung Sambut Tahun Baru Cina – ‘Ibu Saya Baru Meninggal Dunia’

    Perkongsian Adam

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Adam Corrie Lee Abdullah, 58, mengimbas kembali ketika dia mempunyai minat terhadap tatu yang bermula hanya sekadar suka-suka, namun lama-kelamaan menjadi ketagihan.

    Dulu sebelum saya kembali kepada Islam, saya buat tatu. Bukan sebab tekanan, bukan sebab nak lari dari masalah tapi sebab saya suka.

    Bermula dengan yang kecil. Nampak cantik, rasa menarik.

    Lepas satu tambah lagi. Sampai satu tahap, rasa macam tak cukup. Kalau boleh nak penuh satu badan.

    Bagaimanapun, Adam berkata hatinya kemudian tiba-tiba terdetik untuk berhenti mencacah tatu.

    Tapi dalam perjalanan itu, Allah mula jentik hati saya. Tanpa sebab yang jelas, saya berhenti.

    Bukan sebab orang larang, bukan sebab dipaksa, tapi hati sendiri rasa cukup.

    Menurut Adam, setelah memeluk Islam, dia mula sedar bahawa mencari keredaan Allah SWT adalah lebih baik daripada kepuasan diri sendiri.

    Beberapa tahun kemudian saya kembali kepada fitrah. Saya kenal Islam, saya faham dan sedar.

    Apa yang dulu saya anggap “cantik”, rupanya bukan jalan yang Allah reda.

    Hari ini, saya seorang hamba Allah yang sudah bersyahadah. Tatu itu hanyalah sejarah.

    Bukan untuk dibanggakan, bukan untuk diulang.

    Dalam masa yang sama, pelakon filem KL Gangster itu juga menekankan tentang kepentingan menjaga akidah selain mencuba untuk menjadi Muslim yang baik.

    Yang perlu dijaga sekarang adalah akidah. Yang perlu diperbaiki adalah diri. Dan yang paling penting adalah usaha untuk jadi hambaNya yang lebih baik setiap hari.

    Kerana hidayah itu milik Allah. Dan bila Dia panggil tak ada siapa boleh halang. Alhamdulillah.

    Terdahulu, seorang pempengaruh berkongsi kisah kehidupannya yang pernah tersasar akibat tidak kuat menghadapi ujian, sehingga mendorong dirinya mencacah tatu sebagai cara melepaskan tekanan.

    MENARIK:  Tudingan Noh Salleh Terhadap Mizz Nina Berkenaan Penjagaan Anak – ‘Di Mana Bukti Bahawa Dia Penjaga Tunggal Musa?’ [VIDEO]

    Sumber: Threads

    The post Adam Corrie Singkap Kisah Cacah Tatu – ‘Apa Yang Saya Anggap Cantik, Rupanya Bukan Jalan Yang Allah Reda’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah