30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cik Epal Hancurkan Masjid Saya Dahulu..Kerana Fitnah-Fitnahnya’ – Dewi

    Shopee Sale



    Wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan pempengaruh Jofliam iaitu Dewi tampil menjelaskan penyebab utama dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua.

    ‘Hancurkan masjid?’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi menjawab tomahan seorang warganet yang mendakwa dia adalah pemusnah sebuah perkahwinan.

    Menurut Dewi, dia tidak boleh mendedahkan tentang keseluruhan konflik yang berlaku berikutan ia bersangkut paut dengan rumah tangganya.

    Saya tak dapat nak cerita hal yang sepenuhnya sebab ia melibatkan rumah tangga saya.

    Saya tak suka publicise hal rumah tangga saya dekat media sosial media.

    Dalam pada itu, Dewi juga mendakwa bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal adalah punca kepada keruntuhan rumah tangganya.

    Saya tak nak berjumpa dengan Cik Epal pada awalnya sebab dia dah hancurkan masjid saya dahulu, kerana fitnah-fitnahnya.

    Sebab masa dia berjumpa dengan saya, dia menangis.

    Isteri kedua

    Susulan itu, Dewi berkata, dia ditawarkan oleh Cik Epal untuk menjadi isteri kedua Jofliam.

    Cik Epal sendiri cakap, disebabkan dia sudah menghancurkan rumah tangga saya dahulu, rumah tangga dia sendiri hancur.

    Sebab itu Cik Epal tawarkan saya untuk jadi isteri kedua, untuk menebus kesilapannya.

    WhatsApp daripada Cik Epal semua ada sebagai bukti.

    Sebelum ini, menerusi sebuah program, Dewi mendedahkan bahawa Cik Epal memberi tawaran tersebut kepadanya.

    MENARIK:  Sharnaaz Ahmad Rindu Meri & Shukri Yahaya, Bayaran Bukan Penyebab Kembali Jadi Duta

    Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

    Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah