Pelakon Kamal Adli tampil menegur seorang individu yang didakwa berseloroh tentang ibadah solat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak – ‘Gentleman Sangat, Saya Respect’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sanggup Bayar’ – Kamal Adli Mengidam Ayam Goreng, Netizen ‘Beratur’ Nak Hantar
Teguran Kamal Adli

Menerusi perkongsian semula di Threads, seorang individu bertindak memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang menunaikan solat.
Dia kemudian terpaksa berhenti secara tiba-tiba apabila barang-barang yang berada di dalam poketnya terjatuh semasa rukuk.
Video tersebut mendapat perhatian Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, yang dilihat kurang senang dengan konten itu kerana didakwa mempersendakan rukun Islam kedua.
Jangan buat lawak melibatkan solat dik. Benda dah basi lawak macam ini.
Okay adik, cikgu disiplin tolong ambil tindakan.
Dalam masa yang sama, rata-rata warganet juga mengecam tindakan individu itu dan menasihatinya supaya tidak lagi menghasilkan konten seperti itu.
Berhentilah buat konten tak bermanfaat macam ini semata-mata nak promosikan vape/pod.
Betul, sakit hati tengok benda macam ini dibuat main. Macam nak sumbat pod tu dalam mulut dia.
Kenapa mesti semasa solat? Mesti dah biasa buat tu.
Sumber: Threads
The post Kamal Adli Tegur Individu Didakwa Persenda Ibadah – ‘Jangan Buat Lawak Melibatkan Solat Dik’ first appeared on OHBULAN!.





