33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bunga Citra Lestari Tuju Lagu Khas Buat Anak, Bakal Menjadi ‘Suara’ Yang Menemani Noah – ‘Cinta Saya Tidak Akan Pernah Habis’

    Shopee Sale



    Selebriti Indonesia Bunga Citra Lestari mencurahkan kasih sayangnya pada lagu yang dituju khas buat satu-satunya anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.

    Cinta buat Noah

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL melancarkan lagu berjudul ‘Selalu Ada Di Nadimu’ yang mewakilkan jiwa pelantun itu terhadap anaknya, Noah.

    Menurutnya, lagu ini diharapkan menjadi legasi sebagai salah satu peninggalannya.

    Lagu ini adalah secebis jiwa saya, cerminan cinta terdalam untuk Noah.

    Dan, legasi yang saya harap untuk ditinggalkan.

    Lagu ini membawa kata-kata yang mungkin saya tidak selalu ungkapkan dan cinta yang tidak akan pernah pudar.

    Dalam pada itu, bekas isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair turut menitipkan pesanan agar Noah kuat mengharungi hari-hari yang sukar buatnya suatu hari nanti.

    MENARIK:  Cik B Mohon Maaf, Akui Silap – ‘Saya Bukan Manusia Sempurna’

    ‘Lagu ini adalah suara bila saya sudah tiada’

    Berkongsi lebih lanjut, BCL menyatakan bahawa lagu istimewa ini juga merupakan gambaran suaranya yang akan sentiasa menemani anaknya, Noah.

    Lagu ini adalah suara saya apabila saya tidak mampu untuk ada bersama Noah.

    Peringatan saya adalah Noah tidak pernah bersendirian.

    Saya janji, cinta saya pada Noah tidak akan pernah habis.

    Lagu ini untuk Noah. Ketahuilah, saya cintakan awak selamanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah