28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malek Mccrone Banyak Kali Kena ‘Reject’ Berlakon Sebab Muka Terlalu Kacak – ‘Wajah Kurniaan Allah’

    Shopee Sale

    Hanya kerana dikategorikan sebagai lelaki kacak, pelakon Malek Mccrone mendedahkan dia pernah terlepas beberapa peluang lakonan apabila tidak memenuhi kriteria watak yang diinginkan produksi.

    Artikel Berkaitan: Malek Mccrone Jaga Badan Selepas Seminggu Beraya Sakan – ‘Saya Makan Macam-Macam & Selepas Itu Akan Eat Clean Semula’

    Terlalu handsome

    Malek, 32, berkata situasi tersebut bukan perkara baharu, malah pernah berlaku apabila namanya sudah dipertimbangkan sebelum digugurkan di saat akhir.

    Secara peribadi, agak sukar untuk saya komen isu ini. Mungkin pihak produksi atau stesen televisyen boleh jelaskan dengan lebih tepat.

    Ada beberapa projek yang pada awalnya mahu mengambil saya, tetapi akhirnya mereka merasakan saya terlalu kacak untuk watak tersebut.

    Saya percaya di Malaysia ini ramai lagi lelaki yang kacak. Wajah yang kita ada ini adalah kurniaan Allah, jadi tidak wajar untuk dipersoalkan.

    Malek berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana drama terbaharunya, Good Boy Go To Heaven yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

    Mengulas lanjut, Malek menegaskan sebagai pelakon, keutamaan utamanya adalah kualiti naskhah serta pasukan produksi yang terlibat, bukannya semata-mata soal populariti atau rupa.

    Sebagai pelakon, sudah tentu kita mahukan skrip yang baik dan pasukan kerja yang berkualiti. Bukan terlalu memilih, tetapi kita mahu hasil yang terbaik.

    Ditanya sama ada wajah kacukannya menjadi faktor yang mengehadkan peluang, Malek tidak menolak kemungkinan tersebut.

    Mungkin ada betulnya. Kalau kita lihat, tidak ramai pelakon lelaki berwajah Pan-Asian berbanding wanita. Jadi saya tidak menolak kemungkinan itu.

    Tapi sebagai pelakon, kita perlu jadi seperti ‘kameleon’, menyesuaikan diri dengan apa sahaja watak yang diberikan.

    Saya anggap ini sebagai cabaran untuk saya bekerja lebih keras. Kalau watak itu perlukan saya tampil selekeh atau ‘buruk’, saya sanggup.

    Botakkan kepala atau tampil dengan gaya ekstrem seperti ‘skinhead’ pun tiada masalah. Yang penting, watak itu sampai kepada penonton.

    The post Malek Mccrone Banyak Kali Kena ‘Reject’ Berlakon Sebab Muka Terlalu Kacak – ‘Wajah Kurniaan Allah’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Khairul Aming Gembira Ramai Kongsi Video Masakan, Sempat Berseloroh – ‘Tolong Aku Merayu Jangan Derhaka Resipi’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah