Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya menyediakan minuman keras sewaktu menganjurkan sambutan hari jadinya, beberapa minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Cik B Nafi Jejak Kelab Malam – ‘Tiada Minuman Keras’
Tak ada alkohol
View this post on Instagram
Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini turut menjelaskan bahawa sambutan tersebut diadakan di sebuah rumah dan bukan kelab malam seperti mana didakwa sesetengah pihak.
Astaghfirullah, saya tak pernah minum apa-apa air yang bukan-bukan.
Dan waktu saya buat ‘RSVP’ pun saya tegaskan dah yang tiadanya minuman alkohol.
Memang perkara itu menjadi satu kontroversi dan saya juga nak jelaskan bahawa sambutan hari jadi itu dibuat di rumah dan bukannya di kelab malam.
Tapi tak baiklah korang, main cakap ja saya hidangkan minuman keras.
Mengakui kesilapannya, pempengaruh berusia 20 tahun itu membuat permohonan maaf kerana telah menyinggung hati ramai pihak.
Saya memang jangka akan menerima kecaman daripada netizen tetapi parti yang saya buat itu bukannya berniat jahat.
Kalau betul berniat jahat, memang tak akan muat naik langsung dah tetapi sekadar nak berkongsi sambutan hari jadi yang ke-20 tahun.
Tetapi tak dinafikan ada perkara salah dan tidak bagus seperti pergaulan lelaki dan perempuan.
Untuk itu, saya minta maaf dan saya bukanlah seorang manusia yang sempurna.
Terima teguran
Di akhir temu bual, Cik B menitipkan ucapan terima kasih atas teguran yang diberikan kepadanya.
Saya terima saja teguran semua orang dan kita juga tak tahu masa hadapan nanti saya ini bagaimana.
Saya harap sambutan hari jadi saya pada tahun depan tidak lagi menimbulkan rasa salah faham.
Saya juga mahu berterima kasih kepada semua yang memberi teguran dan semoga kalian tidak melihat saya pada sisi yang berbeza.
Sumber: YouTube Melodi TV3
The post Cik B Mohon Maaf, Akui Silap – ‘Saya Bukan Manusia Sempurna’ first appeared on OHBULAN!.





