Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi pencapaian yang membanggakan dalam hidupnya adalah keupayaannya untuk berdikari sejak usia muda.
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Beri Peringatan Tentang Solat, Akui Risau Dengan ‘Feedback’ Netizen – ‘Orang Tahu Saya Macam Mana’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Balik Kampung Naik ETS, Bagi Anak-Anak Pengalaman Baru – ‘Artis Yang Humble’
Tak pernah minta duit ibu dan ayah

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, mendedahkan dia mula hidup berdikari sejak usia muda dan memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur dengan hanya berbekalkan RM300 yang diberikan oleh ibunya.
Nak tanya pasal kejayaan awak semua, apa yang paling awak banggakan?
Saya ambil SPM pada tahun 2009, first time datang Kuala Lumpur dan ibu bagi RM300 sahaja untuk survive sendiri.
Saya naik bas dari Parit Buntar, belajar berdikari.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah meminta bantuan kewangan daripada ibu bapanya walaupun berdepan kesukaran untuk menampung kehidupan.
Sejak dari itu, 1 sen pun saya tak pernah call untuk minta duit dekat ibu dan ayah, walaupun masa itu saya susah nak survive hidup dekat Shah Alam.
Berkat RM300

Dalam pada itu, aktres drama ‘Ariana Rose’ menyifatkan perjalanan hidupnya berubah sepenuhnya hasil keberkatan wang RM300 tersebut.
Dengan berkat RM300 itu, hidup saya berubah 360 darjah sampai sekarang.
Allah maha mengetahui.
Sumber: Threads
The post ‘Ibu Bagi RM300 Untuk Survive Sendiri Hidup Di Kuala Lumpur’ – Syatilla Melvin first appeared on OHBULAN!.





