28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PMKS Dah Boleh Tarik Nafas Lega, Ini Platform e-POS PERCUMA Dari HASiL Yang Ramai Tak Tahu!

    Shopee Sale

    Dalam dunia bisnes sekarang, kalau masih bergantung sepenuhnya pada cara manual… memang boleh ketinggalan jauh.

    Lagi-lagi bila kerajaan dah mula perkenalkan sistem e-Invois sejak 2024 sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan.

    Tapi persoalannya bagaimana peniaga kecil nak ikut arus ni tanpa terbeban dengan kos? Ketahui lebih lanjut bagaimana langkah ini memudahkan PMKS di Malaysia.

    Read more: PMKS Dah Boleh Tarik Nafas Lega, Ini Platform e-POS PERCUMA Dari HASiL Yang Ramai Tak Tahu!

    Apa itu MyInvois e-POS?

    Kalau korang nak tahu, MyInvois e-POS ni adalah platform digital yang direka khas untuk mudahkan urusan perniagaan korang.

    Bukan setakat nak catat jualan je, tapi turut menjadi ‘pembantu peribadi’ untuk pastikan bisnes korang lebih tersusun.

    Tak kisahlah korang buka kedai runcit, restoran, kafe hipster, butik pakaian, atau kedai serbaneka, sistem ni memang sesuai sangat untuk korang gunakan.

    Kenapa korang wajib guna? Ini antara kelebihannya:

    • Zero Kos: Direka khas untuk kurangkan beban peniaga kecil. Tak perlu bayar yuran langganan bulanan yang mahal.
    • Segalanya Dalam Satu: Ada fungsi pengurusan jualan, perakaunan, pengurusan inventori, sampailah ke laporan kewangan.
    • e-Invois Automatik: Paling best, QR permohonan e-Invois akan dijana masa transaksi. Kalau pembeli tak minta, sistem akan buatkan e-Invois disatukan pada tarikh yang ditetapkan secara automatik. Tak payah pening kepala fikir teknikal!
    • Sangat ‘User-Friendly’: Korang cuma perlukan telefon pintar atau tablet dengan capaian internet je. Kalau ada bajet lebih, boleh tambah pencetak resit dan pengimbas kod bar supaya nampak lebih grand.

    Siapa yang layak guna?

    Sistem mantap ni ditawarkan kepada perniagaan yang beroperasi di Malaysia dengan jualan tahunan sehingga RM5 juta.

    MENARIK:  ‘Setiap Manusia Ada Ujian & Fasa Naik Turun Dalam Kehidupan, Apa Yang Penting Kita Perlu Positif’ – Azharina Azhar

    Jadi, buat korang yang tengah gigih bina empayar tu, inilah masanya untuk beralih ke sistem digital!

    Bila rekod kewangan tersusun, barulah senang nak buat analisis prestasi bisnes korang.

    Tak ada lagi isu dokumen hilang atau tersilap kira!

    Macam mana nak mula?

    Jangan tunggu lama-lama, peluang depan mata ni!

    Dengan sistem yang lengkap, percuma dan mudah digunakan, tak ada sebab lagi untuk tangguh.

    Kadang-kadang, satu langkah kecil ke arah digital boleh jadi turning point besar untuk bisnes korang.

    Buat korang yang nak tahu lebih lanjut atau nak tengok panduan penggunaan, korang boleh terus je layari microsite e-Invois di SINI.

    Kalau korang jenis yang lebih suka face-to-face, boleh terus ke mana-mana Pejabat HASiL Negeri yang berdekatan untuk dapatkan penerangan lanjut.

    The post PMKS Dah Boleh Tarik Nafas Lega, Ini Platform e-POS PERCUMA Dari HASiL Yang Ramai Tak Tahu! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah