28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diana Danielle Lebih Selektif, Akui Bayaran Antara Faktor Utama Pemilihan Projek – ‘Kalau Tak Berbaloi, Baik Duduk Rumah’

    Shopee Sale

    Pelakon Diana Danielle mengakui bahawa kadar bayaran merupakan antara faktor utama dalam pemilihan sesuatu projek.

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Sebelum Cerai Dengan Farid Kamil

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle ‘Survey’ Barang Perabot, Peluk Pinggang Kekasih Baru?

    Diana Danielle selektif

    Ketika ditemui , Diana menjelaskan bahawa keputusannya untuk tidak mengambil sesetengah tawaran bukanlah kerana terlalu memilih, sebaliknya disebabkan komitmen masa yang panjang. 

    Saya tak ambil drama bukan sebab berlagak, tapi sebab lama sangat. Jadi memang masa yang sangat panjang selama berbulan-bulan, so agak terhad sebab saya kena ada di rumah bersama anak-anak.

    Diana berkata demikian ketika ditemui di acara Brunch with Women Talk yang berlangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Ditanya mengenai kriteria pemilihan drama, pelakon Imaginur ini mengakui bahawa kadar bayaran menjadi pertimbangan dalam menentukan sama ada dia menerima atau menolak sesebuah naskhah drama.

    Drama yang tak bayar 3,500 satu episod. Yang tulah. Sebab bayaran memainkan peranan yang sangat besarlah.

    Kalau saya kena tinggalkan rumah tapi bayaran dia masih macam 90-an lagi, bagi saya baik saya duduk rumah sebab sekarang ni kita sebagai pelakon kita ada platform lain untuk kita jana pendapatan.

    Usaha yang kita letak berbanding pendapatan yang kita dapat tu macam tak berbaloi dengan masa.

    The post Diana Danielle Lebih Selektif, Akui Bayaran Antara Faktor Utama Pemilihan Projek – ‘Kalau Tak Berbaloi, Baik Duduk Rumah’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Zulin Aziz Berharap Dapat Memiliki Anak Kembar – ‘Jangan Lupa Doakan Kami, Kami Masih Berusaha’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah