33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Integriti Umno terjejas teruk jika 14 Adun paling tadah, kata Puad

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menggesa 14 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di Negeri Sembilan supaya kekal dengan keputusan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.

    Katanya, sebarang tindakan menarik balik keputusan tersebut hanya akan menjejaskan integriti parti secara serius.

    "Saya berharap 14 Adun BN kekal dengan keputusan mereka untuk menarik sokongan daripada MB Negeri Sembilan.

    “Alasan menarik sokongan adalah kukuh dan tindakan itu juga wajar agar Negeri Sembilan tidak terheret dengan konflik yang berlarutan," katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

    Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa parti itu menghormati keputusan14 Adun BN Negeri Sembilan yang hilang kepercayaan kepada Aminuddin, namun pada masa sama terus kekal menyokong kerajaan perpaduan di negeri itu bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

    Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas biro politik Umno bermesyuarat di Kuala Lumpur malam tadi.

    Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan serta Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang juga merupakan Adun Rantau dan Pertang.

    Kedua-duanya merupakan antara 14 Adun Barisan Nasional (BN) yang pada Isnin lalu menarik sokongan terhadap Aminuddin berhubung cara beliau mengendalikan krisis diraja di negeri tersebut.

    MENARIK:  'Siapa Ruji Ubi?' - Penduduk hairan PKR calonkannya di Merotai

    Mengulas lanjut, Puad berkata, Umno perlu dilihat sebagai sebuah parti yang tegas, berprinsip, menghormati adat, serta mengutamakan kestabilan berdasarkan perlembagaan dan amalan demokrasi.

    Dia turut menyelar sikap Aminuddin yang didakwanya cuba mempertahankan jawatan tersebut meskipun kini menerajui sebuah kerajaan minoriti.

    "Umno tidak boleh terseret dengan cara Aminuddin yang angkuh mahu terus jadi MB walaupun ia kerajaan minoriti," tambahnya.

    Kemelut pentadbiran negeri itu tercetus Isnin lalu, apabila kesemua 14 Adun Umno Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, sekali gus mewujudkan kekosongan empat jawatan Exco.

    Bagaimanapun, Aminuddin terus diberikan mandat untuk menerajui pentadbiran negeri itu selepas diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada hari yang sama.

    Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN, dengan PH memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-15 pada 2023. PH dan BN membentuk kerajaan selepas menguasai 31 kerusi DUN susulan pilihan raya itu.

    Sementara itu, Pengerusi Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias yang menerajui kumpulan 14 Adun BN itu, membuat hantaran yang samar susulan mesyuarat biro politik Umno malam semalam.

    “Kesetiaan kepada Raja dan Negara Demi Agama: Demi Bangsa: Demi Negeri dan Tanahairku,” tulisnya ringkas di media sosial.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah